CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Ahad, 22 Ogos 2010

Salam Ramadhan

salam ramadhan buat semua...
hrmmm dah lamer xupdate blog ni... dah bersawang blog nie...
ok hari ni aku akan kemas blog nie bagi xbersawang lagi....
entri kali ini mengisahkan tentang bulan puasa...

Alhamdulillah dgn izin ALLAH S.W.T aku masih bernyawa lagi dan boleh meneruskan lagi ibadaha puasa ku dgn tenang dan seronok... pada aku puasa lah bulan paling seronok sekali.. coz xpyh pikir nak mkn aper waktu tghari nnti...

ok entri aku kali ini bukan nak cerita aku dan puasa.. tapi aku nak luahkan rasa tiak sedap mata dan hati ini melihat gelagat dan aksi2 masyarakat di luar sana.
 
aper yg menjelikkan padangan ku di bulan puasa:
  • dating sampai ke subuh(alasan nak sahur sama)
  • naik motor bukan muhrim 
  • buat aksi yg panas dalam bas
  • mengeluh penat coz puasa 
aper yg aku nak cakap, puasa bukan beban tapi ibadah yg harus kita lakukan utk mengurangkan nafsu kita...
bila nafsu dalam diri menguasai diri lebih dari iman dan akal sbb itulah terjadi perkara-perkara di atas dan jugak masalah sosial dikalangan masyarakat kiter xpernah habis....

cth yg paling terdekat,,, masakah pembuangan bayi.... kenape nak perlu buang bayi itu??? org yg kahwin bertahun-tahun xdpt anak dan ingin kan anak tapi korg sanggup buang bayi yg berdosa tu.... kenapa berlaku demikian?? coz bila nafsu menguasai hati kiter, cinta kpda manusia diagung2kan lebih dari cinta kepda ALLAH S.W.T.
mungkin ada org kata aku jeles coz aku xde pakwe.. pada aku wat ape aku nak jeles??
wat ape nak bercinta sebelum kahwin. bukan ker menda itu mendekatkan kita kearah zina...





Firman Allah S.W.T:

(٣١) وَلَا تَقۡرَبُواْ ٱلزِّنَىٰٓ‌ۖ إِنَّهُ ۥ كَانَ فَـٰحِشَةً۬ وَسَآءَ سَبِيلاً۬

Maksud : Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).




Sesungguhnya terdapat enam perkara yang mendekatkan diri kita kepada zina. Moga kita sama-sama dapat memelihara diri kita dari menghampiri dan kemudiannya melakukan perkara-perkara tersebut yang antaranya :

1. (Melihat) نظرة
-Zina itu bermula apabila seseorang itu tertarik kepada pasangan yang berlainan jantina dengannya


2. (Senyum)فسامهم
-Seterusnya senyuman diukir untukmenarik perhatian masing-masing


3.(Memberi Salam) فسلام

- Salam diberi sebagai tanda memulakan hubungan

4.(Bercakap Kosong) فكلام
-Setelah mengenal hati budi masing-masing, seringkali mnelefon dan menghantar mesej yang semuanya dipenuhi dengan cakap kosong dan angan-angan cinta


5. (Berjanji)فموعدون
- Mula mengikat janji untuk berjumpa untuk mengenali dengan lebih dekat dan melepaskan rindu di hati


6. (Berjumpa) فلقاءون
-Dan satu perjumpaan diadakan berdua-duaan (tiga sebenarnya - yang ketiga makhluk bernama syaitan) maka akan berlakulah zina di mana nafsu tidak mampu menahan amarah, disinilah permulaan zuriat dibuang di longkang-longkang, di celah-celah belukar serta semak samun, di tong-tong sampah, di jalanan dan juga di kaki lima. Di sinilah permulaan tergadai segala kehormatan diri. Disinilah permulaan untuk melepaskan nafsu yang tidak pernah kenal kepuasan dan maruah diri.



so skrg korg dah tahu.. ikut pengalaman akulah.. xpyh bercouple nie... aku pernah jugak couple tapi dulu.. bila aku fikirkan balik.. perkara yg paling bodoh aku pernah wat adalah bercouple....
sekajap jer yg best dah lama-lama bosan... hrm mulalah cari kesalahan utk putuskan hubungan yg memang xsampai ke mana...

p/s: nak memilih calon suami pilih lah lelaki pelindung bukan lelaki perosak.  nak tahu mana satu lelaki pelindug mana satu lelaki perosak baca lah article pelindung vs perosak sama ada di Facebook saya atau di laman web I luv islam (www.iluvsilam.com)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Firman ALLAH s.w.t bermaksud

"Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang yang tentu makan minum dan berjalan di pasar-pasar, dan Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar (menghadapi ujian itu)? Dan (ingatlah) adalah Tuhanmu sentiasa Melihat (akan keadaan makhluk-makhlukNya)."-Surah Al-Furqan:ayat 20