CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Rabu, 24 Jun 2009

Debu-debu Dosa- hijjaz

Ke arah mana halanya
Bagi insan yang terleka
Mengejar nikmat dunia
Bagaikan hidup selamanya
Tak peduli dosa noda
Seksa azab neraka
Hidup jauh dari rahmatNya

Terpedaya pada dunia
Pentas ciptaan manusia
Terlupa pada segala
Mengikut nafsu semata
Membiar syaitan beraja
Di hati dan juga jiwa
Mengejar dunia penuh debu dosa

Teguhkanlah iman dalam diri
Moga dikau akan merasai
Betapa indah nikmat Ilahi
Dan yakin kau akan dirahmati

Harus kau percaya dengan pasti
Dunia tidak kekal abadi
Hanya menguji cekalnya hati
Sebagai khalifah yang sejati

Tak perlu kau meragui
Andai teguh keimananmu
Pasti bahagia menanti
Di akhirat yang abadi

Teringat!!



salam.. entah baru2 nie aku susun gmbr2 aku dlm laptp nie.. nak burn dl cd pas 2 aku terjmper lah gmbar nie.. aku bkn aper coz kalo xkerana dia(arwah haizam) bg duit kat aku, aku xkan pg kat sni.. aku terharu.. yelah time aku nak terima sijil diploma time 2 lah dia sakit.. dah plak 2 b4 aku pg kat sni aku dah jnji dgn dia.. aku nak bg gmbar konvo aku kat dia.. tapi dia xsempat tgk gmbr 2.. so gmbar konvo KPTM aku letak kat dindg umah aku..sbgai kngan n penghargaan aku pd dia..





sory aku asyik citer pasal dia

11 Jenis Manusia Didoa Malaikat

petikan dari laman web Luv Is Islam


PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.

Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat. Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

"Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah:

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."

5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

"Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.


Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

"Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. "Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?" Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.' "



8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...'"

10. Orang yang sedang makan sahur.


Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."

11. Orang yang sedang melawat orang sakit.


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."

p/s: Semoga kita tergolong dalam golongan yang didoakan oleh malaikat.Insyaallah.

Sumber: Harian Metro

Selasa, 23 Jun 2009

Pemergian mu tetap di rasai

tanggal 22 Jun 2009 bersamaan 29 Jamadilakhir 1430.. pada kul 12.30 tgh Encik(makcikku belah ayah)telah pergi ke rahmatulallah.. encik meninggal di hospital kuala lipis n xsempat nak bawak balik ke rumah...terasa kehilangan besar pd ahli keluarga kami.. arwah seorg yg baik hati n pemurah.. terase baru je lg aku berborak dgn arwah.. mase 2 aku n akak aku nak jmpe kak yah.. rupenya kak yah ada kat umah encik... kami bork2 dgn dia...
arwah dikebumikan dekat2 dgn kubur arwah mak aku... sedih rasenya kan.. tapi kita kena redha dgn ketentuan ilahi...arwah dikebumikan selepas asar di tanah perkeburan kg relong.. semoga roh beliau dicucuri rahmat... amin..




Al-Fatihah




dalam kenangan

Selamat Hari Bapa

salam.. x terlmbt g aku nak ucap selamat hari bapa kpda semua bapa2 di dunia nie...
kepada bapa ku.. ku amat menghargai pengorbanan mu... kamu adalah bapa yg terbaik di dunia nie.. ayah bnyak besbr dgn karenah kami semua.. mendidik kami smpai masing2 anak ayah dapat melnjutkan pelajarn.. thankz ayah.. pengorbanan ayah sgt besar pada kami..ayah lah seorang ayah n juga seorg ibu kepada kami 8 beradik... terlalu besar penghargaan ayah wat kami...
kami doakan ayah sihat n bahagia...



Selamat Hari Bapa kepada Tn Haji Ibrahim B Hj Uda


Rabu, 17 Jun 2009

Biar Aku Menangis

Kelmarin kau masih bersamaku
Bercumbu dan merayu
Adakah hari esok untuk kita bercinta
Seperti yang telah kita lewati

Mengapa terlalu cepat kau pergi
Tinggalkan derita bersamaku
Kenyataan ini begitu memilukan
Ingin kurasa turut serta

( korus )
Tiada guna aku hidup begini
Tanpa belaian kekasih yang amat kusayangi
Kepedihan yang kini kurasakan
Darimu yang mencintai aku

Biarlah kurelakan kau pergi
Tinggalkan batu nesan
Kudoakan kau bahagia di sisiNya
Sementara biarkan aku menangis

Ahad, 14 Jun 2009

cuti sem hampir habis!!!!!

salam.. huhuhuhu cuti semesta dah nak hbis.. huhuhu mcm xpuas cuti jer... hehehe tapi sernk coz dapat cuti2 malaysia.. dapat kumpul duit.. n mcm2 aktiviti lglah.. mmg best... proses kurus kn bdn ok lah.. dia turn sikit.. hehehehehe kelakar je.. result pun dah dapat.. n alhamdulillah ok.. 2 lah kalo gagal xsemestinya gagal selama-lamanya... hehehe akhir aku bgun kembali...hrm klah xde aper nak barui lagi.. kalo ader aper2 cerita nnti aku kongsikan bersama..
n then lagi satu pada 7 ari2.. kwan aku kawin.. hehehehe selamat pengantin baru...

Sabtu, 6 Jun 2009

Percutiaan yang menyeronokkan

suasana matahari terbenam di pantai PD

mase nak pg dinner seafood


salam kekawan n pengunjung sekalian.. pada 3 Jun 2009 lalu,aku telah mengikuti satu percutiaan yg best kat Port Dikson .. percutiaan dibuat untuk family Hj Md Dahan.. pade 3 June 2, kami bertolak pada 8 pg n smpai kira2 kol 3 ptg.. kami sampai agak lambat coz ade kesulitan yg xdapat kami elakkn... kami chek in di ANCASA Apartment.. Best r.. smpai2 mkn jap n pg pandai tgk matahari terbenam.. mmg seronoklah.. kami di sana selama 3 hari dua malam... pelbagai aktiviti yg kami buat cthnyer... mandi pantai, mkn ramai2, main bowling, main go-kart, n mkn seafood di mayang sari... last pade kol 12 tghari pade 5/6/07.. kami pun bertolak blik ke kg relong.. iaitu umah aku.. seronok.. lain kali pg lagi...

Isnin, 1 Jun 2009

Wabak Selsema Khinzir(H1A1)-PERINGATAN DARIPADA ALLAH S.W.T



Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai satu virus yang berbahaya, yang sekali lagi menyerang penduduk dunia. Virus tersebut ialah selesema khinzir. Virus atau wabak ini sempat membuatkan manusia cemas dan hidup dalam ketakutan. Mana tidaknya, virus ini boleh menyebabkan kematian yang tidak dijangka-jangka. Dan duhulunya ia dikenali sebagai selesema burung.

Kini, virus itu menyerang sekali lagi. Kali ini, khinzir merupakan alat penyebar virus tersebut. Alhamdulillah, kita sebagai umat Islam diharamkan daripada memakan daging babi dan mengambil manfaat daripadanya. Tidakkah kita terfikir makna yang tersirat daripada pengharaman tersebut? Manusia pada zaman dahulu tidak dapat mengkaji keburukan daripada memakan daging khinzir. Akan tetapi, teknologi kini semakin canggih.

Teknologi sains pada zaman kini telah membuktikan dan membongkar rahsia pada daging khinzir. Ternyata, daging khinzir sememangnya membawa keburukan kepada si pemakan. Dan ianya boleh membawa pelbagai penyakit yang berbahaya pada jangka masa yang panjang. Benarlah apa yang dikatakan di dalam Al-Quran selama ini. Saban hari angka kematian semakin meningkat akibat virus pada khinzir ini. Tidakkan kita berfikir bahawa kita umat yang paling beruntung?

Ketika mana virus ini menyerang penduduk di Eropah, seorang tokoh di Malaysia dengan begitu yakin menyatakan bahawa virus ini tidak akan masuk ke Malaysia. Tidak lama kemudian virus tersebut telah mula menyerang penduduk negara jiran kita Thailand. Bagaimana anda boleh sebegitu yakin berkata sedemikian? Sedarlah, virus ini merupakan sebahagian daripada tentera-tentera Allah S.W.T yang akan menyerang manusia dengan perintah Allah ketika mana manusia lalai dengan kehidupan di dunia.

Firman Allah S.W.T dalam surah al-Fath ayat ke 4 yang bermaksud:

"Dia-lah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang telah ada). Dan kepunyaan Allah-lah tentara langit dan bumi dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana."

Ya, virus ini merupakan tentera daripada Allah yang ditugaskan untuk memberi peringatan kepada manusia agar tidak leka dengan kehidupan di dunia. Pernahkah kita mendengar kisah Namrud? Seorang raja yang angkuh dan takbur tetapi akhirnya ditewaskan dan mati di tangan seekor nyamuk! Seekor nyamuk yang kecil sahaja sudah cukup untuk membunuh seseorang.

Semua ini dengan perintah Allah yang maha kuasa. Ingatlah, setiap yang hidup pasti akan merasai mati apabila tiba masanya. Dan mati tidak sesekali akan menunggu kita. Dan mati juga tidak akan dilewatkan walaupun sesaat bila tiba masanya.

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Anbiyaa' ayat ke 35 yang bermaksud:

"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). dan hanya kepada kamilah kamu dikembalikan."

Pernahkah kita bertanya pada diri sendiri, adakah kita sudah sedia untuk menghadapi mati?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Firman ALLAH s.w.t bermaksud

"Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang yang tentu makan minum dan berjalan di pasar-pasar, dan Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar (menghadapi ujian itu)? Dan (ingatlah) adalah Tuhanmu sentiasa Melihat (akan keadaan makhluk-makhlukNya)."-Surah Al-Furqan:ayat 20