CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Khamis, 24 Februari 2011

PerSahaBatan (Major Comm the Best)

Assalamualaikum... entri kali ini saya hendak cerita tentang kawan... huhuhuhuh pejam celik- pejam celik dah nak habis degree ek... hehehe start dengan semesta 6 kami pelajar EE220 kena pilih major... so dengan rela hati saya memilih major communication, lantak lah masa itu orang nak kata aper...

dan start masuk situ saya mempunyai ramai kawan-kawan yang sporting dan best... hehehe memang best dengan budak2 comm kali ini... 

start sem 7 kami banyak pg jalan2... so kat situlah kami semua rapat... banyak aktiviti yang dijalan kan... (lwtn beserah,buka puasa,KLIA) xtvt  inilah merapatkan  lagi ukhwah kami ...

thanks kat  para pengarah2 project.. syg korng semua... hehehehe ni sedikit cebisan video yg ku buat utk kenagan kiter semua

gambar xcntik coz di kecikkan... 


video

Ukhwah Sebiru Hari Ini-Budak Commnunication


Sebiru hari ini-edcoustic
sebiru hari ini
birunya bagai langit terang benderang
sebiru hari kita bersama disini

seindah hari ini
indahnya bak permadani taman surga
seindah hati kita walau kita kan berpisah

bukankah hati kita telah lama menyatu
dalam tali kisah persahabatan ilahi
pegang erat tangan kita terakhir kalinya
hapus air mata meski kita kan berpisah

selamat jalan teman
tetaplah berjuang
semoga kita bertemu kembali
kenang masa indah kita sebiru hari ini


Kita Adalah satu keluarga... suka duka bersama... setiap pertemuan pasti ada perpisahan.....
 tapi persahabatan yang terjalin diantara Sebuah pertemuan ini akan kekal selama-lamanya....
sayang korang..... Frenz Forover......

" THe Memoriez Budak COmm UitM Shah ALam..."


Ahad, 13 Februari 2011

bila Baju melayu Bertemu Baju Kurung

Assalamualaikum....
hai sahabat ku sekalian.. sudah lama diriku ini tidak mengupdatekan blog...

dalam tempoh selepas saya praktikal, terlalu banyak cabaran dan rintagan yang harus saya lalui semasa sesi pengajaran dan pembelajaran(P&P)

Alhamdulillah... setiap apa yang ALLAH S.W.T berikan rintangan itu ada manisnya....

Entri kali ini saya nak kongsikan sedikit dengan sahabat saya tentang Forum yang saya ikuti ajuran PEMBINA dan kerjasama ISMA dan Seketeriat Pascasiswazah Fakulti kejuruteraan Kimia..

tidak rugi rasanya melabur sebanyak RM10 kerana untuk menghadiri satu forum yang amat berguna sekali untuk saya dan para remeja zaman sekarang..

pada hari Ahad, 13 Februari 2011 bertempat di DKB Menara Kejuruteraan satu forum telah diadakan untuk berkongsi ilmu tentang cinta...

forum ini dipanel oleh orang yang saya kagumi tidak asing lagi Ustazah Fatimah Syarha dan En Sarip Adul.. dua-dua panel ini adalah penulis buku...

banyak ilmu yang saya dapat antaranya ..

ada beberapa kekuatan untuk para wanita:

1) Kekuatan fahaman- kita kena faham tentang asal perhubugan perempuan dan lelaki.asal perhubungan perempuan dan lelaki adalah haram, dan dijadikan harus bila berlakunya muamalat(urusan kerja). selain itu, kekuatan fahaman juga perlu faham tentang hakikat iaitu couple sebelum kahwin dan couple secara islamik.

2) kekuatan ikhlas -  keikhlasan dalam diri seseorang wanita. wanita harus ikhlas melakukan semua perkara kerana ALLAH S.W.T. kerana bila kita ikhlas, hidayah yang ALLAH berikan kepada kita tidak hilang dan kita sentiasa mendekat diri kita kepada ALLAH, selain itu ALLAH berikan kita satu ' rasa' yang boleh menyebabkan bila kita hendak buat sesuatu perkara kita fikir baik or buruk.

3)kekuatan tutup pintu fitnah-yang ini contohnya seperti bila xde sebarang urusan perlu tutup fitnah komunikasi seperti SMS,YM facebook dan sebagainya lah.

4) kekuatan prinsip- prinsip ini kita kena kuat dengan pujukan dan tipu daya seorang yang bernama lelaki. sebab lelaki ini seorang yang bijak dengan mempunyai pelbagai taktik.

dan banyak lagi lah ilmu yang diberi dalam sesi forum itu tadi.. 

ada satu yang saya ingat bila saya mendengar forum itu, lafaz cinta yang sebenarnya yang adalah semasa aku terima nikahnya.... itulah lafaz yang sebenar-benar nya bukannya I love U atau sebagainya..


"Cinta Itu Fitrah, Fitrah memerlukan hidayah, Tanpa Hidayah Fitrah itu menjadi Fitnah"

Wassalam...........


                                                                    Ustaz SaripAdul




                                                              Ustazah Fatimah Syarha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Firman ALLAH s.w.t bermaksud

"Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang yang tentu makan minum dan berjalan di pasar-pasar, dan Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar (menghadapi ujian itu)? Dan (ingatlah) adalah Tuhanmu sentiasa Melihat (akan keadaan makhluk-makhlukNya)."-Surah Al-Furqan:ayat 20