salam ramadhan wat semua yg berada di luar sana....
entri kali ini apa yang saya ingin cerita kan adalah tentang kisah seorg sahabat..
saya tujukan entri ini utk sahabat saya utk dia kuat menghadapi hari2 yg akan datang dan bangkit dari kekusutan yang melanda..
saya ceritakan ini coz dari pangalaman saya yg dahulu... setiap manusia pernah buat kesilapan.. termasuk lah diri saya ini yang begitu kerdil dan kurang ilmu..
setiap yang berlaku dalam hidup kita tanpa dirancang oleh kita sebenarnya ALLAH lebih mengetahui sagala-galanya.. Semua cabaran dan dugaan adalah ujian dari ALLAH s.w.t utk menguji keimanan dalam diri kita..
al kisahnya berlaku 4 tahun yang lepas,.. seorang remaja yang baru dapat panggilan dari kolej utk melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan.. bidang yang terlalu ramai lelaki dari perempuan... biasa lah remaja ini baru kuar dari kg dan hendak belajar gaya hidup bandar yg serba moden dan canggih.. tapi remaja ini tersilap langkah coz telah terjerat dengan cinta monyet.. tapi remaja ini pandai menyembunyikan kisah cinta dari pengetahuan keluarganya di kg..disebabkan remja ini pandai membahagikan cinta dgn pelajaran keputusan nya tidak pernah jatuh dan maintain 3 pointer selama 3 tahun di sebuah kolej..
Tapi cinta perempuan ni bukan berlandaskan syariat islam..walaupun cinta nya bukan berlandaskan syariat islam, perempuan ini tidak terlanjur lagi lah.. akhirnya pada semestar 4 perempuan ini mendapat anugerah dekan dan lelaki itu telah tendang dari kolej itu kerana mendapat keputusan yang agak teruk.. akhirnya bermula satu episod yang cintanya hanya di hujung tanduk jer... dan pada semestar 6, permainan kayu tiga yg dicipta oleh lelaki itu telah dibau oleh perempuan itu.. dan perempuan itu pengambil keputusan utk putus sahaja.
mungkin kwn-kwn membuatkan dia lupa dgn kesedihan yg dialaminya.. dan setelah sebulan lebih mereka putus... lelaki itu dtg kembali.... dalam masa yg sama kekasih lelaki yg baru itu pernah memberi amaran kpd perempuan itu.. dan dgn keputusan yg rasional.. perempuan itu menjadi kwn baik kpda lelaki itu...
sudah hmpir 6 bulan mereka berkawan.. perempuan itu smbung belajar peringkat ijazah di sebuah universiti tempatan.. dalam masa itu lah sedikit demi sedikit lelaki itu berubah dan ingin tebus kesalahan yg pernah dibuat kpd perempuan itu... mgkin lelaki itu tahu yang dia kan pergi utk selama-lamanya... apa yg dibuat oleh lelaki itu adalah dia mmberi wang utk perempuan itu konvo kolej disebbkan pada masa itu perempuan itu kesempitan wang.. so lelaki itu lah yang memberi wang itu utk dibayar yuran konvo..lelaki itu ckp " belajar penat-penat knpe xnak pergi konvo 2.. saya nak tgk awak ambik sijil diploma" dan "saya akan pergi konvo awak"... tapi tarikh itu lah wat perempuan tertnya-tanya mana lah lelaki ini.. adakah dia xsudi lihat kwn baik dia ambik sijil?? konvo pun selesai.. perempuan itu agak sedih jugak coz lelaki itu xdtg konvo perempaun itu. dan selepas 2 hari konvo perempuan itu dapat maklumat dari abg lelaki itu bahawa lelaki itu tgh koma selepas membuat pembedahan selepas lelaki itu mengadu sakit perut.. dan akhirnya dapat tahu lelaki itu menghidap appendik.. dan appendik nya sudah pencah...
tabah ker perempuan itu utk hadapinya sorng-sorng.. kerana terlalu memikirkan lelaki itu pembelajaran perempuan itu tergangu... mcm masuk telinga kanan kuar telinga kiri saja.. selepas 21 hari lelaki itu koma akhirnya lelaki itu pergi wat selama-lamanya.... terkejut dan sedih perempuan itu sehingga hari-harinya tidak bermakna lagi...
dgn keadaan down sgt result utk semesta 3(ijazah ) perempuan itu jatuh dan satu subjek perempuan itu kena ulang lagi utk semesta akan datang...
perempuan itu makin down... mula-mula perempuan itu adalah juga salahkan takdir.. dan akhirnya.. dgn kuasa ALLAH, ALLAH berikan hidayah kepada nya...
perempuan itu membentang sejadah dan menusabah diri nya yang kerdil itu dan akhirnya perempuan itu terduduk dan menangis.. begitu bnyak dosa-dosa yg dia pernah lakukan... tapi ALLAH masih sygkan dia....
ALLAH membawa kembali kepangkal jalan...
sampai skrg perempuan itu pengang kata-kata ini
"Setiap aper yg kite hilang di dunia nie, kalau kite sabar dan redha,insya-ALLAH. DIA akan gantikannya dengan yang lebih baik. Dan adakalanya, apa yg digantikan oleh ALLAH itu,tak terjangka oleh kita".
"Ya ALLAH, aku memohon kepada mu engkau kekalkan lah cinta ku kepada mu."
p/s: kepada kwn ku.. cinta kepda manusia dan cinta sebelum kahwin tidak pernah menjanjikan kebahagian.. terlalu bnyak kesedihan dari pada kegembiraan.. mgkin perpisahan dengan kekasih,kita sedih dan ada pihak yang gembira dan bertepuk tgn.. biarlah mereka.semoga buka pintu hati mereka supaya sedar aper yg mereka buat itu adalah salah.. ingat satu je.. ALLAH sentiasa ada bersama kita, susah ke senang ke sentiasa bersama kita.. cuma kadang-kadang kita alpha dengan keseronokan duniawi itu lah kita lupa yang ALLAH s.w.t ada bersama kita...dan akhir sekali yang ALLAH s.w.t masih sygkan kita sbb itulah di berikan kita ujian utk kta sedar yang dunia ini sementara sahaja...