CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Isnin, 20 Disember 2010

ALHAMDULILLAH... Aku Bersyukur

salam.. alhamdulillah aku bersyukur ke hadrat illahi kerana sekarang aku masih bernyawa dan boleh melakukan ibadat NYA.. begitu banyak nikmat yang ALLAH berikan kepada ku ini...
sekarang ada masa untuk mengupdatekan blog ini selepas final exam sem 07 dan sekarang pula aku menjalani latihan industri di sebuah syarikat di shah alam..

permulaan latihan aku rasa sangat stress dan rasa sangat kecewa.. rasa sabar dalam diri ini mula hakis dek kerana hasutan syaitan durjana.. tapi aku kalah dengan hasutan itu, aku mula marah. padahal aku tahu marah itu penyakit hati...
tapi ALLAH menghantar sahabat ku untuk menegur diri ku yang lalai ini, sahabatku pun menegur diri ini yg lemah..

terima kasih sahabatku.... 

malam itu, selepas aku melakukan kewajiban diri ini sebagai hamba NYA, aku bermunajat dan bermuhasabah diri aku yang sentiasa lalai dengan suruhanNYA...

aku muhasabah diri ini dan serta merta air mata aku jatuh.. aku menangis kerana aku mula sedar kesilapan diri ini... diri ini tidak sempurna, telalu bnyak kelemahan yang perlu diperbaiki...


ALHAMDULILLAH.......

sekarang...
aku makin dengan MAHA Pencipta....
MAHA Mengasihani.....

MAHA Mengetahui......

Aku bersyukur kerana hati ini yang milik ALLAH sentiasa dijaga oleh Nya...

kerana hati ini aku pinjam sahaja......






























LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Firman ALLAH s.w.t bermaksud

"Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang yang tentu makan minum dan berjalan di pasar-pasar, dan Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar (menghadapi ujian itu)? Dan (ingatlah) adalah Tuhanmu sentiasa Melihat (akan keadaan makhluk-makhlukNya)."-Surah Al-Furqan:ayat 20