CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Jumaat, 1 April 2011

MuHasabaH diRi~~~

Assalamualaikum... buat pembaca sekali~~ sudah lama saya tidak menaip blog saya ini. Apakan daya kesibukan mencemburu diri ini. Sebenarnya kesibukan diri ini datang dari saya sendiri yang tidak pandai uruskan masa dengan baik. Ikut suka hati sahaja.

Oklah berbalik pada tajuk~Muhasabbah diri~ semua orang tidak dapat lari dari membuat kesalahan sama ada dengan sengaja atau pun tidak sengaja.

Ya ALLAH Ya Tuhan Ku.. aku memohon padaMU, permudahkan lah urusan ku... dan Engkau permudahkan lah urusan Final Project ku........................................

Diri ini tidak pernah putus untuk berdoa. semoga ALLAH memperkenankan doaku ini, Apa yang aku hendak ceritakan ini bukan lah untuk menjaja tentang kehidupan tapi aku hendak berkongsi pengalaman diri ini untuk dijadikan ikhtibar pada semua orang.

Akhirnya sudah lama diriku ini tidak jumpa dengan Supervisor ku. Aku meletakkan prinsip dalam diriku ini, selagi xde progress baru aku tidak akan jumpe dengan Supervisor ku. Akhirnya aku pun telah siap analysis data ku untuk ditunjuk kan kepada Supervisor(SV). aku buat anlysis data tanpa mengkaji dulu sebab-sebab dan kenape aku buat menda ini. aku hanya buat sekadar alar kadar sahaja, seperti melapaskan batuh ditangga.

Aku ingat dengan progress ini aku akan berasa lega dan hanya sedikit sahaja yang tinggal untuk project aku. Tapi sangkaan aku merosot bila SV aku bertanya macam-macam pada graph yang aku analysis kan itu. aku tidak dapat menjawab dengan cara menyakinkan beliau. Akhirnya dia amat kecewa dengan sikap aku yang ambik sambil lewa dalam project ini memandangkan lagi tinggal beberape minggu sahaja lagi untuk hantar Technical Paper kepada Koordinator....

dengan teramat kecewa, dia berasa sedih sangat dengan sikap aku, Macam-macam dia luahkan rasa kecewa nya kepada aku. Pada mulanya aku hanyak pasrah mendengar nasihat-nasihat dan luahan kekecewaan dia, bila ader titisan air mata dia, aku mula rasa sedih. Ya ALLAH aku telah buat SV aku nangis. YA ALLAH aku bersalah padanya dengan sikap aku ini. Selama 2 jam aku menerima nasihat-nasihat beliau supaya aku bangkit menjadi manusia yang bertanggungjawab sebagai seorang Engineer.

Aku pun pulang dengan keadaan mata aku merah. Samapai je ke  rumah aku siap-siap untuk membersihkan diri ini untuk menghadap MAHA PENCIPTA.

selepas solat Maghrib, macam biasa aku duduk seketika muhasabah diri ini. YA ALLAH. baru aku sedar dengan cara ini engkau mempermudahkan urusan Final project aku.. Sujud syukur aku padanya bila dengan cara yang mulia ini engkau memperkenankan doaku, dalam masa yang sama engkau berikan aku petunjuk untuk aku lebih bertanggungjawab dan bersemangat untuk menyelesaikan project ini. YA ALLAH Besar sungguh kuasa MU... Aku bersyukur engkau berikan aku hidayah pada ku..


selepas kejadian itu aku semakin bersemangat menyelesaikan Task-task yang diberikan oleh Supervisor aku. Aku manusia biasa yang tidak lari membuat kesilapan.

Aku Ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Supervisor aku kerana memberi aku nasihat untuk menjadi manusia yang berguna.Aku tidak menyesal mengambil beliau sebagau Supervisor kerana dia bukan sahaja menjalankan tanggungjawab sebagai seoarang pensyarah tapi dia telah menjalankan tugasnya sebagai seorang pendidik untuk membimbing dan mendidik anak bangsanya manjadi seorang yang sangat berguna pada masyarakat..


p/s: cerita ini bukan untuk ambil simpati tapi cerita ini untuk aku kongsikan untuk dijadikan ikhtibar. Setiap yang berlaku mesti ada hikmahnya. cuma kita harus berusaha untuk mencari hikmah itu... hikmah yang ALLAH s.w.t sangat manis.

Wassalam~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Firman ALLAH s.w.t bermaksud

"Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang yang tentu makan minum dan berjalan di pasar-pasar, dan Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar (menghadapi ujian itu)? Dan (ingatlah) adalah Tuhanmu sentiasa Melihat (akan keadaan makhluk-makhlukNya)."-Surah Al-Furqan:ayat 20