CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Ahad, 29 Mei 2011

Tidak Kesempatan Tanam Anggur

Assalamualaikum.... selamat sejahtera dan harap pembaca sihat selalu disamping orang yang tersayang. Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi ku masih berpeluang menulis dan menaip coretan di dalam blog ku ini.
Alhamdulillah sekali lagi akhirnya perjuangan ku bergelar pelajar sudah pun tamat setelah ku menghantar thesis kepada supervisor ku. Dan sekarang ku berada di rumah dan baru sahaja selesai satu majlis walimatul urus akak saya yang no 4. Agak penat jugak tapi seronok kerana semua sanak saudara berkumpul di majlis perkahwinan akak saya ini.

Mungkin orang kata selepas ini saya akan mula "tanam anggur" di rumah, tapi selepas pulang sahaja dari shah alam saya tidak kesempatan untuk " menanam anggur", ini kerana selepas ini saya mempunyai program untuk pelajar kampung relong. Bermula dengan program kem bahasa inggeris UPSR dan selesai sahaja program ini saya harus pergi ke kedah untuk kenduri bagi pehak lelaki. abg ipar saya ini, dia asal dari Jitra, Kedah. Selepas sahaja pergi ke kedah selama 3 hari, ada satu program lagi iaitu Kem ibadah 2011. Dan selepas itu saya akan menolong Mak cik saya untuk perusahaan kerepek bawang sehingga lah saya mendapat kerja barulah saya berhenti.. itu lah jadual saya yang agak padat.

Disamping itu saya akan mengisi dan menghantar resume saya, seronok jugak kerja di kampung ini, walaupun income nya tidak lah tinggi tapi sekurang-kurangnya tidak hanya membuang masa. Rezeki ada di mana-mana sahaja, kita perlu berusaha untuk memperolehi dengan secara yang baik dan berkat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Firman ALLAH s.w.t bermaksud

"Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang yang tentu makan minum dan berjalan di pasar-pasar, dan Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar (menghadapi ujian itu)? Dan (ingatlah) adalah Tuhanmu sentiasa Melihat (akan keadaan makhluk-makhlukNya)."-Surah Al-Furqan:ayat 20