Ok lah, pada 2 minggu yang lepas, aku dapat panggilan telephone dari syarikat MSC camp, nak bagi aku training lah. Dia cerita serba sedikit tentang ape yang dia buat ini. Aku pun tertarik lagi pun dia kata time itu elaun training sebulan sebanyak 1800-2500 ringgit. Mak ai banyak gile, so aku cerita lah kat ayah aku pasal ini so dia berikan aku kebenaran untuk pergi KL a.k.a Kuala Lumpur. tapi mase uncle 2 telephone dia tak cakap dekat aku yang akan ada sesi interview. Apa lagi aku suruh lah my cousin a.k.a cik lia nie beli tiket. Terima Kasih banyak-banyak cik lia ku sayang.
21 September 2011
8.00 pagi -aku pu dalam perut bas menuju ke Kuala Lumpur. Aku nie kalo pergi jauh-jauh pantang tayar bas bergolek sikit mesti mata 2 nak tido saje.
11.00 pg -aku pun sampai ke perhentian bas perkeliling a.k.a titiwangsa.
tiba-tiba aku dapat mesej dari uncle a.k.a MSC camp bagitau apa yang perlu aku bawak, lagi pun aku dah listkan masa uncle 2 tepon aku. so aku xambik port pun tapi yang aku hangin satu badan tibe dalam mesej 2 kata ada interview, mangku tingkat lah kena dengan aku, tak cakap awal-awal, boleh lah kau baca apa yang patut.
Aku menuju ke KLCC sebab pejabat dia berhampiran dengan KLCC. Aku ingat nak datang awal nak tengok tempat dia. Tapi bila sampai hrm senang gile nak pergi kesitu. Waktu aku jumpa orang 2 sepatut pukul 3.30 ptg, jam kat hanset aku menujukan baru kul 11.30 pg.
Hrm apa lagi aku pun baru teringat. hahahah kalau aku pergi mana-mana tempat shoping complex kan aku mesti cari satu kedai ini, KEDAI BUKU( tidak kisah apa namanya) janji dia jual buku ilmiah or novel.. aku memang pantang jumpe kedai buku, pantang sangat-sangat, lagi-lagi duit ada, alamat nya penuh umah aku dengan novel-novel aku. pernah sekali aku borong novel sampai 5 buah novel aku beli. sebab kat area umah aku ini susah sikit nak dapat novel-novel, kalau ada pun bukan cita rasa aku. so aku pun pusing lah setiap tingkat kat KLCC nie mencari kedai buku. dah lah besar dah pulak itu aku pakai kasut ladies, hrm alamatnya melecet lah kaki aku. Dah aku penat aku pergi tanya pak cik guard baru lah aku terpikir nape tadi x pergi tanya dulu, ini tidak dah penat baru nak tanya. akhirnya aku pun jumpa lah kedai buku kat KLCC nie, memang lah aku tidak jumpa sebab nama kedai ini pun pelik (KINOKUNIYA) nama macam jepun je.
aku masuk je kedai buku 2, hrm apa lagi aku pandang atas, sebab aku nak cari signboard dia kot-kot ada tulis tempat novel 2 sembunyi.. hehehe akhirnya aku pun jumpe, ape lagi aku pun mencarilah kot-kot menarik untuk aku baca. Satu buku sudah aku dapat sebab buku ini dah lama aku nak STANZA CINTA, tapi xbeli-beli so masa kat sini ape lagi aku pun beli novel itu dan yang lagi satu sepatutnya aku nak beli satu buku ini, tapi aku tidak jumpa, sebab buku kat sini xbanyak buku-buku ilmiah dan islamik . so memang xde lah buku lagi satu yang aku nak cari.
Aku belek-belek novel supaya aku nak menambah koleksi novel aku, mula ingat nak beli novel fatima syarha tapi xde gak so aku pun cari lah novel lain, belek punya belek dah malas + letih akhirnya aku jumpa satu buku nie, aku just baca 2 perkataan di belakang novel itu terus aku tertarik (CICAK KOBENG!!) hahah nak tahu tajuk dia apa (CINTA KONTAK) simple je tajuk dia hasil kerja tangan NUR AIN SYUHADA, aku beli 2 novel kat kedai 2.
aku tengok jam kat hanset aku baru kul 1230tgh. ape yang aku nak buat. nak makan hrm xde mood lagi, so ape lagi aku start lah baca, mula-mula aku bacakan aku nak gelak tapi xkan aku nak gelak tengah-tengah orang lalu lalang pulak, kang kata aku gile pulak. so aku gelak dalam hati.
Dan masa aku nak balik dari KL-Kuala Lipis, aku selalunya pantang tayar bas bergolek aku mesti tido tapi nie aku sambung balik baca novel tadi sampailah aku xsedar rupanya dah nak dekat dengan destinasi tempat aku nak turun. Aku nak cakap novel ini novel yang paling best sebab dia orang bercinta selepas kahwin. dan buku ini adalah buku islamik coz watak utama adalah perempuan ini muslimah tapi burtal sikit, pakai baju labuh+stokin+tudung 60". hahahaha. memang saya boleh bagi markah 500% bestnya cerita itu. banyak gelak dari menangis, yang paling best dia letak unsur-unsur nasihat dalam cerita itu. nie aku showkan dua novel yang aku baru beli untuk menambah koleksi novel aku kat umah nie..
hehehehe, nasiblah siapa suami aku nanti, kena duduk dengan novel-novel aku.
ini lah buku yang aku cakap tadi.. TERBAIK!!!
ini pulak buku yang aku nak sangat, tapi tak bukak lagi.. hehehhe
Tiada ulasan:
Catat Ulasan