Ok... saya terpanggil untuk menulis entri yang bertajuk demikian adalah kerana, pengalaman saya semasa saya pulang dari kerja. Pada petang itu, saya melalui deretan kedai-kedai di bandar Kuala Lipis, tiba-tiba saya disapa oleh orang tua yang agak tidak sedarkan diri untuk duduk dengan dia dia berkata " hai ustazah meh lah duduk disini"... sebenarnya banyak kali dah orang memanggil gelaran ustazah pada diri saya ini. Saya tidak berape selesa dengan gelaran itu.
Ok.. saya rasa sangat pelik, pandangan masyarakat terutama orang Melayu. Bila kiter bertudung labuh menutupi dada mesti kena panggil gelaran itu. Bila perangai agak tidak elok, mula lah dengar kata-kata yang agak tidak enak, " Hrm dia itu ustazah tapi perangai hrm teruk..." dan macam-macam lah lagi...
Sebenarnya disini saya ingin menegaskan ustazah bukan lah malaikat kadang-kadang ada juga tersalah laku. manusia tidak lari dari kesilapan.
Dan jugak, saya ingin menegaskan yang pakai tudung menutup dada atau labuh tidak semestinya ustazah dan tinggi ilmu agamanya. Sekurang-kurangnya dia melakukan perintah ALLAH yang telah disebut dalam kitab AL-QURAN
firman ALLAH :
" Wahai Nabi , suruhlah isterimu, anak perempuanmu serta wanita-wanita yang beriman, agar melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya; yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali, maka mereka tidak akan diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun, Lagi Maha Mengasihani" (AL-Ahzab: 59)
lagi satu yang saya agak kurang setuju dengan pandangan masyarakat diluar sana, tentang kalau orng itu tudung labuh mesti ilmu agama nya mesti tinggi. macam itu..Kadang-kadang diorang masih berlajar dan menimba ilmu, kalau korang bertanya kan sesuatu tapi mereka tidak tahu, jangan lah terus menghukum mereka... ini tidak, mulalah kata, eleh nama sahaja tutup aurat tudung labuh tapi ilmu tidak seberapa. Saya ingatkan lagi sekurang-kurangnya dia mengikut perintah ALLAH, kamu pula...
Kadang-kadang, saya pernah bertanya beberapa orang kawan saya, bila nak berubah seperti saya, menutup apa yang wajib tutup.
Dan inilah jawaban yang diberi oleh mereka...
" Hati saya tidak terbuka lagi hendak tutup aurat dan hendak memakai yang wajib ditutup"
" Pakwe saya suka saya pakai macam ini, kalau pakai macam itu macam makcik pulak"
dan pelbagai jawaban yang saya terima..
Dengan sini wahai kaum HAWA, menutup aurat itu adalah satu kewajiban, bukan tunggu hidayah lah, apalah... takut-takut bila korang tunggu, takut korang mati dulu macam mana?
Mati ini tidak kenal usia, pangkat atau darjat, kalau saat itu dia diambik nyawanya tidak boleh ditangguh lagi..
Saya agak terkilan dengan fesyen zaman sekarang yang memakai baju seperti bertelanjang... jubah pun telah dirosakkan... saya ingin bertanya kepada pereka-pereka fesyen adakah ini dinamakan fesyen muslimah...
Menutup aurat bukan lah fesyen tapi adalah satu kewajiban...
Islam itu indah.....
pakaian muslimah zaman sekarang pakai tapi bertelanjang.
ciri-ciri pakaian dan etika wanita muslimah
Pakaian yang tidak mengikut ajaran dan garis panduan yang betul.
P/s: 1 ) bila korang campak dua biji gula-gula yang satunya bersalut penuh satu lagi separuh salut separuh tidak ke atas tanah, yang mana korang pillih.... Tepuk dada tanya iman...
2) Baru saya tahu kenapa sesetengah sahabat saya tidak menyukai bila saya gelarkan mereka ustaz... huuhuhu baru aku paham... thanks bro... saya dah paham, bila saya ada dituasi kamu...
Islam Itu Sangat Indah....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan