CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sabtu, 22 Ogos 2009

Rindu KU pada KeLUarGA

my beloved family

salam.. b4 2 aku nak ucap selamat berpuase kepda semua umat islam di seluruh dunia...


sedih aku bila tgk ramai kwn2 aku balik kg coz nak berbuka n sahur bersama keluarga mereka.... ape xsedih aku xleh balik coz aku ada common test.. biler tahu 2 mmg frust menongeng lah.. tapi aku redha.... entah aku rindu kan keluarga kau.. last aku balik ari 2.. mase midsem.. tapi time 2 xleh wat aper sgt coz time 2 aku xberape sihat..... aku cdng nak balik time hari merdeka... aku nak sambut dgn family aku plak.. dah berpe thun aku xsmbut dgn mereka.. rindu aku pada mereka membuak2... paetang tadi aku rase nak nangis je.. mane xnyer..akk aku tepon aku... sedih lah coz aku sorng xde kat umah 2....aku harap2 minggu depan leh lah aku balik kg mkn sama dgn family aku... aku indu masakan kg...lidah aku nie rase nak makn maskn kat umah 2 je.... aku doakan semoga keluarga aku dalam keadaan sihat walafiat.....amin............

ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI SEGALANYA

salam..ari nie adalah 1 ramadhan.. bile ku berpikir, tiba-tiba pikiran ku mengimbau kembali kenangan2 yg laju.. paling latest adalah tahun lepas..tarikh ini adalah tarikh sehari aku melawat kawan baik ku yg sakit.. bila aku berfikir kembali setiap2 kejadian yg berlaku dalam masa setahun.. aku amat bersyukur kepada ALLAH coz DIA yg memberi hidayah yg tidak ternilai pada ku.. aku akan berkongsi cerita ini utk teladan kawan2 ku..
bermulalah dgn kisah ku putuskan hbgan couple ku dgn pakwe ku pada awal bln 4.. mase 2 seminggu nak final exam final sem... mula2 sedih tapi bila aku pikir balik... aku kena teruskan hidup ku.. mase 2 aku doakan dia bahagia dgn awek baru dia... beberape lama selapas 2.. pas aku dah hbis menduduki peperiksaan.. dia contct aku balik.. bila pikir balik rase kesian.. tapi nnti kalo aku layan, awek baru dia marah kat aku.. bnyak jugak lah rintangan yg berlaku waktu ni.. akhir sekali aku just berkawan je dgn dia.. aku xnak sakitkan hati perempuan 2.. coz aku pun perempuan so aku tahu perasaan perempuan bila dirampas...
dan masa 3 hari b4 aku nak masuk U. kebetulan aku jumpa dia kat kolej lama.. kat situlah kami jumpe n last perjumpaan kami pun disana.. bnyak gile kenangan pahit manis aku kat kolej 2..
semasa aku di U.. bnyak perubahan yg telah dia wat.. bnyak sgt.. dia kata dia nak tebus segala kesilapan dia wat kat aku.. aku terima dia dgn ikhlas... dia lah kwn baik yg aku pernah jumpa.. susah senang bersama..tapi awal pose aku dapati dia sakit.. dia koma selama 22 hari di hospital melaka.. dan pada 19 ramadhan tahun lalu dia hembuskan nafas terakhir....
pada mulanya aku memang xkuat utk hadapi segala dugaan yg ALLAH berikan kepada ku..
tapi bila aku munasabahkan diri di atas sejadah akhirnya aku temui segala hikmah yang terjadi setiap kejadian 2.. aku amat bersyukur kehadrat ilahi kerana aku telah terpilih oleh-NYA...
sekarang aku menjalani kehidupan aku yg lebih baik dari tahun lepas.. aku lebih semagat utk teruskan hidup aku nie yg ALLAH berikan utk aku.. aku akan jadikan ramadhan tahun ini ramadhan yg terbaik dari tahun2 sebelum ini............

dan akhir sekali aku nak ucap ribuan terima kasih kepada family,kwn2 ku yg telah bnyak membantu aku dalam aku kesusahan.. thanks all..........................

Jumaat, 21 Ogos 2009

kasihku Pada RAmadhan

Ramadhan yang penuh makrifat
Ramadhan ditunggu-tunggu
kembali menjengah hati setiap Muslim
memekarkan keberkatan dan kebesaran
Yang Maha Kuasa

Ramadhan yang menyejukkan hatiku
yang melembutkan kerasku
yang mendamaikan gelodak rasaku
yang menghilangkan amarahku
yang menghadiahkan penghargaanku
buat insan-insan tersayang
yang menambahkan cinta kasihku
pada Yang Satu

Ramadhan
syarul Syiam
berikan aku kekuatan akal, fizikal, hati dan iman
jauhkan aku daripada perkara yang dikeji
yang mengurangkan keberkatan
ya Mutakkabir

Ramadhan
syarul Qiyam
malam-malammu malam terindah dalam hidup
malam-malam yg penuh ibadah
malam-malam yang penuh berkat
lalu,
haruskah aku membiarkan malam-malammu berlalu sepi
tanpa sujud syukurku pada
Ar-Rahman
Ar-Rahim

Ramadhan
syarul Quran
bait-baitmu adalah puisi agung
yang menyuntik penawar terbaik buat hati dan jiwaku
patah perkataanmu adalah keajaiban
adalah mukjizat dengan nikmat yang tertinggi
yang menjadi peganganku
penunjuk arah dalam langkah perjalananku
yang menyalurkan kasih suciku buat Yang Maha Agung

Ramadhan
syarul Tarbiyah
hari-harimu adalah satu didikan buatku
yang menundukkan egoku
yang menghilangkan rasa dendamku
yang menjernihkan segala keruh dihatiku
yang memupuk keinginanku menghayati sifat kekasih Allah
yang mulia disisi-Nya

Ramadhan
syarul Jihad
pada setiap langkahku
setiap degup nafasku
setiap denyut nadiku
setiap detik ingatanku

Islam
adalah matahari bagi hatiku
bulan bagi jiwaku
bintang bagi mataku

Ramadhan
perjuanganku menggapai solehah baru bermula
pertemukan aku pada ketibaan-ketibaanmu yang akan datang
rasa rindu dan kasih ini akan selalu mengiringiku sepanjang waktu
selama mana nafas masih menjadi milikku

YA ALLAH
sesungguhnya Engkau tahu setiap bait puisi hatiku

Selasa, 18 Ogos 2009

salam kepada semua.... time kelas microP. aku telah baca satu article yg paling best... aku ambik aktcle nie kat web LUV ISLAM
Kadang-kala, di dalam perjalanan hidup yang berliku mengejar cita-cita, ada sahaja halangan dan dugaan yang mendatang. Diri mula terasa lemah, jiwa mula terasa gelisah, hati tidak tenang, fikiran menjadi tidak tentu arah. Namun, itu semua harus dilalui, kerana matlamat akhir, iaitu kejayaan yang ingin dimiliki. Diri ditarbiah, dimotivasikan untuk mendapatkan kembali semangat baru untuk bergerak maju ke hadapan tanpa menoleh ke belakang. Kegagalan silam dijadikan kunci kejayaan yang mendatang. Tetapi, mampukah semangat ini terus dinyalakan di dalam diri? Agar tidak padam seperti dahulu tatkala diri ditimpa dugaan sekali lagi.Ingatlah, jangan sesekali berputus asa. Jangan sesekali mensabotaj diri sendiri dengan mengatakan bahawa diri tidak mampu mengharungi dugaan-dugaan itu. Ingatlah, Allah S.W.T. tidak menurunkan sesuatu dugaan itu kepada hamba-hambanya jika hamba-hambanya tidak mampu menghadapinya. Antara salah satu kaedah atau tindakan yang boleh diambil untuk terus menyemarakkan api perjuangan di dalam diri adalah, dengan menjadi seorang insan yang istiqamah. “Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan Tuhan kami adalah Allah, kemudian,mereka tetap istiqamah, maka tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tiada (pula) berduka cita.” ( Surah Al-Ahqaaf: 13) Latih diri dalam menjadi seorang yang insan yang istiqamah dalam apa jua pekerjaan yang dilakukan. Kenali diri, sayangi diri, dan letakkan matlamat jangka panjang. Antara cara-cara yang boleh dipraktikkan untuk menjadikan diri seorang insan yang istiqamah dan secara tidak langsung, lebih berjaya dan disayangi yang Maha Esa adalah:
1) Menjaga hubungan dengan Allah S.W.T Jagalah ibadat-ibadat wajib dan seelok-eloknya, perbanyakkanlah ibadat-ibadat sunat.
2) Masukkan matlamat di dalam doa Mohonlah kepada Allah, sesungguhnya Dia Maha Mendengar.
3) Mulakanlah pekerjaan dengan berdoaBagi yang masih belajar, mulakan belajar dengan berdoa dan seelok-eloknya, duduk menghadap ke arah kiblat.
4) Berterusan dalam mencari ilmuHal ini kerana, ianya dapat memberi semangat kepada diri untuk terus berusaha.
5) Amalkanlah perkara-perkara yang dapat menarik hidayah Allah S.W.TContohnya, solat berjemaah, membaca Al-Quran dan saling memaafkan sertakasih-mengasihi sesama manusia. 6) Kenali diriUbah sikap-sikap yang negatif kepada positif.
7) Menolong insan lain untuk berjayaInsyaAllah, Allah akan pula menolong kita untuk berjaya. Allah akan menolong hamba-hambanya selagi mana hamba-hambanya menolong antara satu sama lain.
8) Iklankan matlamatTampal atau tulis matlamat tersebut dipapan kenyataan tempat belajar kita, agar dapat dibaca selalu, seterusnya dapat mengingatkan diri dan memberi semangat untuk kita terus berusaha untuk mencapai matlamat tersebut.
Allah sayang akan hamba-hambanya yang istiqamah di dalam pekerjaan. Janganlah berputus asa dengan rahmat Allah. “ Katakanlah, hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah..” (Surah Al-Zumar:53) Berusaha sebaik mungkin dan kemudian bertawakallah kepada-Nya. Istiqamah dalam pekerjaan dan berjuanglah selagi masih ada peluang yang diberikan. Kuatkan semangat. Apa yang penting adalah usaha dan tawakal, insyaAllah kejayaan yang dicari-cari selama ini mampu dimiliki.

Isnin, 17 Ogos 2009

salam ramadhan

salam.. xlame lagi dlm beberape ari umat islam seluruh dunia akan sambut bulan yg mulia. iaitu blan ramadhan..blan yg penuh keberkatan... harap2 tahun nie lebih bermakna pose dari tahun lepas.. yg lepas dijadikan iktibar.. semoga kenangan di bln pose tahun lepas akan menjadi ingatan.. Aku telah temui segala hikmah yg berlaku pada tahun lepas.. Aku amat bersyukur kehadrat ilahi atas dugaan yg telah Engkau berikan kpde ku...
aper2 pun tahun ini akan lebih baik dari tahun2 sebelum nya... Jadikan ramadhan tahun ini ramadhan yg terakhir wat kita...

SALAM RAMADHAN WAT PEMBACA BLOG NIE.....

Selasa, 11 Ogos 2009

tournement bowling padang

pasukan wanita

pasukan lelaki jadi johan

pasukan lelaki


salam.. huhuuhu lama aku xtulis blog nie kan.. yelah coz aku bz dgn tournmtn yg berlangsung pada 7/8-9/8...
kami pasukan FKE tlah bertnding pada 8/8 2.. lelaki n wanita.. first game kami menang.. n second game kalah dgn FSR.. n kami layak gak masuk suku akhir..

nie adalah result perlawanan kami





WANITA
FKE -FSTP = 14-7
FKE-FSR = 6-40
FKE-FPP = 15-06



LELAKI
FKE-FEDU -menang lah
FKE-FKM-menang
FKE- FAC-menang
FKE-FUU -menang
FKE-FKA-menang


sorylah aku xtau berpe mate coz aku lupe.. yg penting LELAKI johan dalam bowling padang SAF 09.. Taniah diucapkan... mlm 2 plak ktorg selebrte.. maneger kami blnje.. thanks piah

pasukan bowling padang


















Jumaat, 7 Ogos 2009

Kemaafan buat kawan-kawanku

salam n selamat pagi..

huhuhu pada 8 ogos 2009 bersamaan hari sabtu akan berlangsung tournement bowling padang... hehehe aku masuk SAF.. wakil kejuruteraan elektrik lah.. tapi walaupun hatiku gembira ttpi kau masih serba salah lagi.. hehehehehe kalo korg nak tau.. ari tournement 2 jatuh pada hari last ktorg wat modul.. memang sedih lah... kitrg xdpt ikut modul 2 n ktorg kena repeat modul 3.. memang sedih lah..tapi nak wat mcm ne..hari2 aku serba salah... aku rasa bersalah kat kwn2 aku bcoz aku yg ajak diorg menyertai tournement 2.. kepada kawan2 ku yg terlibat dalam tournement 2 aku minta maaf bnyak2.. aku xsangka leh jadi mcm nie....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Firman ALLAH s.w.t bermaksud

"Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang yang tentu makan minum dan berjalan di pasar-pasar, dan Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar (menghadapi ujian itu)? Dan (ingatlah) adalah Tuhanmu sentiasa Melihat (akan keadaan makhluk-makhlukNya)."-Surah Al-Furqan:ayat 20