CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Khamis, 26 November 2009

Cinta

Cinta Kampus : Matlamat Halalkan Cara
www.iluvislam.com
Tuan Mohd Reza
Editor: RosNiza Abdullah



Matlamat salah cuba menghalalkan cara.

Melalui hidup sebagai remaja, hidup di universiti yang berjauhan daripada ibu bapa, sedikit sebanyak, tempiasnya akan terkena juga. Terlalu banyak dugaan dalam cinta siswa siswi dan tidak semudah kata-kata untuk memelihara diri. Kehidupan di kampus yang jauh daripada pengawasan keluarga menyebabkan diri mudah terpedaya dengan ajakan nafsu.

Bagi mereka yang sudah terjebak, bukan mudah untuk membuat keputusan yang rasional di saat emosi dan perasaan sedang berkecamuk. Kalau ambil keputusan untuk berpisah, adakah masih ada lelaki lain yang seperti dia? Kalau diteruskan hubungan ini, sanggupkah aku menanggung dosanya?

Tiada siapa yang akan menolong aku kalau bukan aku. Kekuatan itu mesti bangkit daripada dalaman diri sendiri. Jika niat itu sudah nekad, Allah Taala akan permudahkan jalan itu.

Inilah dunia sekarang yang penuh dengan kekeliruan dan jauh daripada penghayatan Islam sebenar. Masing-masing menggunakan agama sebagai pasport untuk membuat kebaikan daripada kaca mata mereka sendiri bukannya apa yang telah digariskan oleh Allah Taala dan Rasul.

Walaupun pada awalnya kita berniat hendak melakukan sesuatu yang baik, tapi mudah sungguh syaitan dan nafsu memesongkan niat suci itu dalam pelbagai cara yang cukup kreatif. Rasanya ramai remaja merasakan perlu kepada teman lelaki atau perempuan yang berlainan jantina merupakan satu ‘keperluan’ untuk rasa sempurna. Tempiasnya terkena juga kepada golongan remaja khususnya siswa dan siswi yang nampak komited pada kerja-kerja dakwah.

Sememangnya manusia lebih terdedah kepada kebaikan yang adakalanya mengaburi mata mereka, walhal perkara itulah sebenarnya yang mengundang malapetaka buat diri mereka sendiri. Begitu payahnya kita mahu membezakan perkara yang baik dan yang benar-benar baik. Apabila kita sudah terhantuk barulah kita baru terngandah itulah sebenarnya kesilapan.

Mereka tahu mereka hidup dalam dosa dan kesalahan, cuma yang penulis tidak faham bagaimana mereka boleh rasa sayang untuk lepaskan pasangan semata-mata mereka rasa dalam perhubungan mereka masih ada kebaikan, bersandarkan kepada sms tazkirah, suruh bangun tahajjud. Bagaimana mereka memandang dan menilai kebaikan?






MATLAMAT HALALKAN CARA

Penulis rasa gusar memandangkan beberapa kes yang banyak berlaku di kalangan mereka ingin membawa Islam, tetapi akhlak pergaulan muslimah dan muslimin tidak dijaga.

Hanya berbekalkan perkataan yang berbentuk perbincangan, jihad, tazkirah, dan mengejutkan untuk ber-tahajjud, sinonim dengan perbincangan berbau Islam mereka anggap hubungan mereka ini sudah diredhai walaupun hanya sekadar bertelefon, sms, e-mail dengan luahan perasaan cinta masing-masing.

Tambahan lagi pengaruh nasyid temporari kini yang hangat mengutarakan lagu cinta sesama muslim menjadi penghangat cinta bagi mereka yang menghalalkan cara.

Segala-galanya adalah mainan perasaan yang kerap melihat kebaikkan di dalam dosa itu, dan amat jarang bagi kita untuk bermuhasabah di atas kebaikkan-kebaikan yang kita sangkakan telah dilakukan. Memanglah alam remaja, teramat indah jika ada orang lain yang sentiasa caring ke atas kita, tetapi percayalah ianya hanyalah khayalan sementara kerana selepas hidup bersama barulah kita tahu kelemahan dan keburukan pasangan masing-masing.

Bila anak-anak sudah bertambah dan kesibukan hidup pun juga bertambah, hilanglah segala impian-impian dan angan-angan terdahulu.

Kepada adik-adik remaja, khususnya mereka yang di bangku menara gading, jauhilah maksiat ber-couple atau apa sahaja perlakuan mungkar kerana semuanya itu saling membuktikan kepada Allah Taala bahawa kalian berdua amat berani mendurhakai Allah Taala. Rumahtangga dibina bukan hanya atas cinta, tetapi juga pada saling mempercayai.

Jika Allah sudah diingkari, siapa lagikah yang boleh dijadikan tempat meletakkan kepercayaan? Dosa semalam akan pasti menjadi kecurigaan hari ini, esok dan selamanya.

Muhasabahlah kalian. 



HAYATI AJARAN ISLAM SEBENAR

Kita bincang pasal manusia, naluri manusia suka dicintai dan mencintai, hati pula kalau sentiasa senang akan menjadi bosan tapi kalau sentiasa susah hati akan menjadi rawan, nafsu adalah kelemahan manusia. Barang siapa berjaya menundukkan nafsu, martabatnya akan menyaingi malaikat, kalau ditundukkan oleh nafsu akan turun lebih rendah daripada binatang.

Memang susah merubah seorang musuh menjadi kawan, kemudian menjadi sahabat, memadamkan kemarahan hati dan merubah muka marah dengan senyum, memberi maaf kesalahan sehingga udara yang tadinya mendung menjadi terang benderang. Memang susah melakukan itu, dan ini hanyalah pekerjaan orang yang berhati waja, mempunyai kemahuan yang besar dan bercita-cita mulia.

Namun sedar atau tidak, takwa kepada Allah Taala adalah yang perlu ditekankan. Betapa beratnya balasannya andai kita tersilap langkah dan akhirnya terjerumus ke arah maksiat yang pastinya kita semua maklum tentang balasan Tuhan.

 وَٱلَّذِينَ جَـٰهَدُواْ فِينَا لَنَہۡدِيَنَّہُمۡ سُبُلَنَاۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ لَمَعَ ٱلۡمُحۡسِنِينَ

Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Dan orang yang berusaha (berjihad) dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama kami, sesungguhnya kami akan memimpin mereka ke jalan kami, dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya” al-Ankabut (29:69)

Usahlah berlengah lagi untuk berhijrah, andai sudah terdetik dalam hati bahawa perlakuan kalian buat ini adalah salah dan dilaknat Allah Taala, segeralah berhijrah kerana teramat khuatir andai hanya kali ini sahaja peringatan Allah Taala datang untuk menegur kita dan kita pula tidak mengendahkannya, kita akan terus hanyut dengan dosa kita sampai ke akhir hayat kita.

Perlakuan matlamat menghalalkan cara mengelabui mata.

Perintah itu wajib.

Berjihadlah dalam mencari cinta yang suci iaitu cinta selepas pernikahan. Mengapa mencari kaca andai telah dijanjikan permata, dan mengapa mencari api yang membakar kalau sudah dijanjikan salju dingin. Bersabarlah untuk sesuatu yang lebih manis pada masa akan datang.

Jika kita mencari redha Allah dengan kemarahan manusia, nescaya dicukupkan Allah dengan keredhaannya , jika kita mencari kemarahan Allah dengan keredhaan manusia nescaya Allah Taala serahkan kita kepada manusia.

Mua’dz ra berdoa sebelum kematiaannya: “Aku mencintai hidup hanya untuk tiga perkara iaitu untuk berpuasa di siang hari, untuk qiammullail di malam hari dan untuk berkumpul dengan para ulama”.

Carilah kesibukkan di antara terlopong masa dengan pekerjaan, daripada sesenang pekerjaan yang dikira ibadat yang boleh menghasilkan pahala. ameen............



*petikan ini saya ambik dari laman web iluvislam... sama2 kita muhasabah diri kita itu................




seorang hamba


Di dalam sujudku
Kau dengar tangisanku
Di dalam doaku
Kau dengar rintihku
Sepanjang hayatku
Kau lihat segala perbuatanku

Setiap perbuatanku
Kau catat segala dosa pahalaku

Di dalam khayalku
Kau datang mengingatiku
Di dalam kegagalanku
Kau datang memberi pertolongan-Mu
Di dalam kesedihanku
Ayat-Mu melantun ke halwa telingaku
Meleraikan lara jiwaku
Di dalam usahaku
Kau beri kejayaan-Mu
Di dalam kegembiraanku
Kau kurniakan nilai tawa padaku
Di dalam buntuku
Kau datang memberi Hidayah-Mu

Jika aku bukan Islam
Pasti tiada coretan ini di dalam hidupku
Kerana nikmat seorang Islam amat sukar dicoretkan oleh seorang kafir

                              
Aku tadah tanganku                                             
Ku bersyukur pada-Mu Ya Allah,

Hindarilah aku dari terpesong dari jalan-Mu

Kerana Kau Yang Maha Mengetahui
Kau lah sebaik-baik perancang
Maka tetapkanlah yang sebaik-baiknya buatku
Supaya dapat ku teruskan hayatku dengan penuh ketakwaan pada-Mu




Satu Pengorbanan

salam kasih syg ku kpd semua....
b4 2 aku ingin mengucapkan salam aidiladha kepda semua umat islam di seluruh dunia.......

aper yg ingin ku coretkan disini adalh satu pengorbanan....... pergorbanan x semstinya dgn wang ringgit or harta... pengorbanan boleh di wat pelbgi kaedh...
satu pengorbanan.........

bila aku ddk musahabah diri di tikar sembhyg.. aku muler sedih.. terlalu bnyak dosa yg aku lakukn...
aku berfikir aper aku taat dgn suruhannya???????

bila aku teringat kisah Nabi Ibrahim a.s dan anaknya........
aku sedih coz aku xambik iktibar dari kisah mereka..
kisah mereka adalah kisah dimana ALLAH s.w.t memerintah Nabi Ibrahim a.s menyembelih anaknya sendiri...bg sorng bapa yg sayangkn anknya maner mungkinkn.... tapi Nabi Ibrahim a.s tetap mengikut perintah ALLAH S.W.T meyembelih anknya Nabi Ismail a.s....Dgn Kuasa ALLAH Nabi Ismail bertukar menjadi seekor kibas...

dgn cerita ini kita dpt ambik pengajaran..... sebgai seorng hamba patut mengikut perintahnya.. aper yg berlaku adalah qada' dan qadar.. kadg2 aper yg terjadi adalah ujian dari ALLAH s.w.t utk kita menguji keimanan seorg insan itu...

aku bnyak berfikir....... aper yg terjadi pada diriku ini adalah ujian dari ALLAH s.w.t utk menguji diri ku ini.... aku bersyukur kehadrat ilahi coz ALLAH masih sygkan aku lagi........
aku rasa kalo aku xdpt ujian mcm nie aku dah jauh menyimpang....

salam pengorbanan dari ku.................
N.syieda





Rabu, 11 November 2009

Keputusan aku akhirnya

salam kasih wat semua... hehehehehe... bnyak menda aku nak coretkan didalam akunyer blog nie.. aper xnyer aku bz dgn exam.. dan akhirnya aku dapat gak coretkan segala isi hati ku ini dlam blog nie.. hahahahaha xde lah...


strt je aku nak exam mule lah kecoh suh wat pre -regstr... akhirnyer aku pun wat lah... mula dalam dilema gak lah.. mane xnyer same ader aku nak pilih commm or power... last2 aku daftar dulu coz aku tkt aku luper nak daftar.. mula2 aku daftar power utk major sem depan.. tapi aku xbrape yakin.. last2 aku wat solat istikarah...


dan akhirnyer aku bermimpi yg bercanggh dgn aper yg aku pilih... pas aku jwb paper comm 2.. aku pun pulng kg utk aku ambik MUET 09... hehehe aku duk kg n aku rehat2 aku tenangkan pikiran ku ini.. akhirnya aku pun dapat keputusan dan dapat mentafsir mimpi yg ku perolehi itu.. dan dgn keputusan yg tenang aku pun mengambil major commm sebagai major pilihan ku


 ini lah cita2 ku sebnrnyer... hahaha jgn xtau.. aku ader perancngan yg tinggi utk majukan malaysia ini.. aku nak jadikan malaysia sebagai negara yg paling maju dlam segi communication


mmg besar lah cita2 aku.. aku mmg suka mengkaji satelit2 nie.....


 k lah mmber aku nie bising dah.. yelah lancar sungguh aku menaip.. dia kater aku nie tulis report plak.. hahahaha... 


seeeeeeeeeeeeee  ya......... kuatkan hati tmbahkan iman di dada............ salam manis dan syg dari ku.........

AKHIRNYA

alhamdulillah aku bersyukur kehadrat ilahi coz akhirnya aku dapat menghabiskan peperiksaan akhir utk sem 5.. huhuhu alhamdulillah ALLAH s.w.t mempermudahkan segala urusan ku di waktu ini.. aku amat bersyukur...
la nie aku baru dapat update blog aku.. mane xnyer bz memanjang dgn exam... nak stdy.. huhuhu biasa lah lumrah kehidupan seorng studnt.. last2 minit baru nak stdy betul2... betul kan?????????


skrg aku tgh kebosanan.. boring gak kan.... duk umah je.. nak kuar mls.. hehehe biaselah aku.... sok jln2 dgn kwn2 b4 nak blik.. nie tiap2 kali hbis exam, mmg ktorg wat.. nak wat kenangn tiap kali hbs sem... sernk.. lg2 dapat kwn yg best n sportgh mcm budak2 nie......


aper pun.. aku nak ucapkan selamat bercuti kepada kwn2 ku yg akan bercuti n selamat pengantin baru kpda sape yg berkenaan n gud luck for sape yg nak habis n gud luck saper yg xhbis exam lagi.. semoga aper yg korg lakukan itu dgn nawaitu yg baik... salam manis n sayang dari . penulis blog ini lah....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Firman ALLAH s.w.t bermaksud

"Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang yang tentu makan minum dan berjalan di pasar-pasar, dan Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar (menghadapi ujian itu)? Dan (ingatlah) adalah Tuhanmu sentiasa Melihat (akan keadaan makhluk-makhlukNya)."-Surah Al-Furqan:ayat 20