CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Isnin, 13 September 2010

Suasana Hari RAya Aidilfitri 2010

salam hari raya aidilfitri kepada umat islam yang berada di dunia ini...
tahun ini aku masih kesempatan untuk menyambut hari raya dengan penuh kesyukuran kerana tiada apa yang berlaku menjelang hari raya...

tahun ini alhamdulillah aku menyambut dengan keluarga ku yang semua nya ada.. terutamanya akak ipar aku yang tahun lepas tidak kesempatan beraya dengan kami dan tahun ini dia dapat beraya dengan kami semua...

biasalah sehari sebelum raya semua orang buat persiapan yang terakhir, tidak ketinggalan kami jugak... mengemas umah, membuat rendang dan membersih halaman rumah .... 

selepas berbuka, aper lagi ini lah aktiviti kami setiap tahun.. bakar mercun.. aku xjoinlah cume tgk jer...
abg aku, abg ipar dan adik lelaki aku jer yang main.. kami tgk jer...

lepas itu kami semua solat maghrib dan bersiap sedia utk pergi ke rumah aki( atok(ayah kepda arwah mak)). kami berkumpul saudara mara belah arwah mak aku.. seronok gak.. kumpul ramai-ramai.. makan lemang dan ketupat.. lepas makan, kami wat tahlil arwah untuk nenek aku, mak aku, dan saudara mara yang telah pergi ke rahmatullah... 
selepas itu , aper lagi sesi mendapat duit raya.. tahun ini tahun last lah aku dapat duit raya.. tahun depan mungkin aku dah xbelajar lagi... so xdapat dah...
banyak jugaklah aku dapat... dalam bnyak-bnyak itu, aku lah paling besar dapat duit raya... yang lain masih kecil lagi... hehehehe.. alhamdulillah, aku tidak kesah sangat pasal duit raya yang penting kemaafan di hari yang mulia ini...

pas itu.. menjelang lah hari kemenangan bag umat islam.. hari raya aidilfitri.. huhuh seronok jugak lah... pas semua yag sudah siap.. pas jumaat aku jalan raya dgn kawan-kawan batch aku mase sek rendah... batch 99... masih kukuh lagi ukhwah kami semua.. semua dah kerja.. ader segelintir yang masih belajar...

kami beraya sampai lah ke petang.. tahun ini kami beraya ke rumah cikgu kami yang banyak memberi ilmu kepda kami iaitu cikgu sukairi...

belah mlm pulak kami bersiap sedia untuk berkumpul ramai-ramai debgan sanak saudara belah ayah plak.. yang nie acara yang paling best sekali... best sangat-sangat...kat sini jugak aku dapat duit raya gak.. hehehehehe... 
aku xdpt nak cerita sgt coz best nya hanya lah yang lalui sahaja.. ini aku letak gambar-gambar suasana hari raya dengan keluarga mah uda..

keluarga hj uda

kaum adam



generasi kedua


kaum hawa.



my cousin batch 1987

sesi beri cedermata kepada pak dan mak sedara

suasana malam perjumpaan dengan family mah uda




ini hanya separuh saja.. banyak lagi yag hendak di ceritakan.. keseronokkan keluarga haji uda begitu terselah... kami bagaikan satu keluarga yang dicincang tidak akan putus.. semoga perhubungan ini akan berkekalan hingga akhir hayat... yahun depan berkumpul di rumah kami pulak.. insyaALLAH kalo panjang umur jumpa lagi tahun depan....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Firman ALLAH s.w.t bermaksud

"Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang yang tentu makan minum dan berjalan di pasar-pasar, dan Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar (menghadapi ujian itu)? Dan (ingatlah) adalah Tuhanmu sentiasa Melihat (akan keadaan makhluk-makhlukNya)."-Surah Al-Furqan:ayat 20