CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Rabu, 28 Julai 2010

Suara Hati Lelaki Penghuni Syurga

salam...
entri kali ini tentang wanita.... aku ambik entri ini dari I luv Islam... entri amat bagus... ini aku kongsi an entri ini kepada semua pembaca2 yg sudi melwt blog ku yg xseberape ini....moga2 kita akan sentiasa beringat-ingat supaya diri kita tidak terpesong di jalan ALLAH... peringatan ini khas buat diri ku dan sahabat-sahabat ku....



Suara Hati Lelaki Penghuni Syurga...
www.iluvislam.com
Oleh: jr_caliph
                                                                                    Editor: sakura_abyad303






Wanita solehah,cerminan Ainul Mardiah...  
Sabda Rasulullah s.a.w:
"Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah." HR Muslim
Ramai manusia menisbahkan kemulian wanita pada kecantikan semata mata, ada juga yang menisbahkan kemuliaan mereka pada kekayaan, dan tidak kurang juga pada keturunan, tetapi ini semua adalah penilaian oleh insan yang buta mata hatinya... Kemuliaan semua makhluk Allah adalah terletak pada nur taqwa...
Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita, walaupun mereka diselubungi kelemahan, tapi teriakan mereka mampu merubah segalanya.

Oleh yang demikian, Allah telah menetapkan hukumnya ke atas mereka; walaupun berat di pandangan mata si jahil dan ingkar tetapi ia adalah kemanisan iman yang dicicip oleh wanita solehah.
Kerana itulah...
Sebagai anak, dia menjadi anak yang solehah...
Sebagai isteri, dia menjadi isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya...
Sebagai ibu, dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih sayang..dan pastinya sebagai hamba Allah, dia akan menjadi hamba yang tunduk dan menyerah diri hanya kepada-Nya...
Firman Allah dalam surah an-Nisa': 24
"Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun."
Dalam Islam wanita amat dihormati dan dihargai peranannya. Sebagaimana eratnya hubungan siang dan malam yang saling melengkapi, begitu juga lelaki dan wanita diciptakan untuk saling melengkapi. Setiap lelaki dan wanita memiliki tugas-tugas dan kewajipan-kewajipan yang berlainan, sesuai dengan fitrah masing-masing. Namun, matlamat hidup setiap lelaki dan wanita adalah sama, iaitu mencari redha Allah, Mardhatillah.
Rasulullah s.a.w telah memerintahkan supaya kaum wanita diperlakukan menurut fitrah ia dijadikan sebagaimana dalam sabdanya yang bermaksud...
"Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok adalah bahagian yang teratas, jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok, maka berlaku baiklah terhadap kaum wanita kamu." Al-Bukhary dan Muslim
Nilai wanita bukan terletak pada pakaiannya yang menonjol, berhias diri untuk memperlihatkan kecantikannya, tetapi hakikatnya ialah pada kesopanan, rasa malu dan keterbatasan dalam pergaulan. Wanita solehah itu adalah wanita yg tegar menjaga maruahnya,serta apa yang lahir dari dirinya, dari hujung rambut hingga hujung kaki, termasuklah wajahnya, suaranya, senyum tawanya, jalannya,tulisannya hatta namanya sekalipun, wajahnya bukan aurat,tapi ada kalanya ia menjadi aurat. Dalam mazhab syafie ada khilafnya..berdasarkan ayat dalam surah an-Nur,30.
Allah melarang wanita beriman menunjukkan perhiasannya,kecuali apa yang telah zahir daripadanya.

Ulama Syafie berpendapat makna "apa yang zahir daripadanya" adalah muka dan tapak tangan, tetapi bagi wajah yang boleh mengundang fitnah, ia tetap menjadi aurat, wanita yang khuatir wajahnya boleh melalaikan lelaki yang memandangnya pasti akan menganggapnya sebagai aurat, lalu mengenakan purdah pada wajahnya, mungkin berat bagi wanita bergelar remaja untuk mengamalkannya, tapi cukuplah dengan tidak terlalu menonjolkan diri mereka di hadapan ajnabi atau tidak menjadikan wajah mereka sebagai paparan umum seperti friendster, facebook dan lain-lain.
Suaranya bukan aurat, tapi ada kalanya ia menjadi aurat. Wanita yang memahami erti kesolehan tidak akan melembutkan suaranya di hadapan ajnabi, kerna memahami perintah Allah s.w.t padanya dalam surah al-Ahzab ayat: 33."
Maka janganlah kamu melemah lembutkan suara dalam bebicara sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit hatinya".
Jadi, bertegaslah apabila berurusan dengan lelaki ajnabi, pergaulan yang betul telah Allah ajarkan melalui kisah dua orang puteri Nabi Syuib. Bagaimana mereka ketika ingin memberi minum haiwan ternakan, mereka dapati ramai pengembala di sumur. Hajat mereka tidak kesampaian. Nabi Musa a.s telah mengambil alih tugas mereka memberi minum kepada binatang ternak mereka, apabila selesai memberi minum haiwan ternakan tersebut, salah seorang daripada puteri tersebut mendatangi Nabi Musa a.s dengan keadaan malu untuk menyampaikan pesanan ayahnya menjemput Nabi Musa a.s ke rumahnya.(surah al-Qasas: 23-25)
Daripada peristiwa ini, Allah menggambarkan wanita solehah itu adalah wanita yang tidak memdedahkan dirinya pada pandangan umum. Apabila ia berurusan dgn lelaki ajnabi, maka ia akan tunduk dan melahirkan rasa malu.
Berurusanlah dengan ajnabi tanpa mendatangkan keadaan khalwat(berdua-duaan). Khalwat paling mudah berlaku dalam hubungan cinta terlarang. Khalwat juga adalah bunga-bunga perzinaan. Berbual-bual di telefon atau s.m.s antara lelaki dan wanita kerana dasar cinta terlarang juga dikira sebagai khalwat kerana ia berlaku secara berdua - duaan..fikirkanlah. 
Saidina Umar r.a berkata, "Aku lebih rela berjalan di belakang seekor singa daripada berjalan di belakang seorang wanita".Seorang wanita solehah tidak akan membiarkan lelaki berjalan di belakangnya, kerna ia faham seribu satu fitnah boleh timbul daripada keadaan tersebut. Bagaimana pula keadaan wanita yang tidak melabuhkan jilbabnya apabila lelaki berjalan di belakangnya?. Maka, labuhkanlah tudung mu sehingga menutup juyub(tulung rusuk paling bawah) dan menutup punggung.
Ketahuilah bahwa pada pagi hari perintah berjilbab diwahyukan kepada Rasulullah saw,seorang sahabiyah yang masih tidak tahu tentang wahyu tersebut telah keluar dari rumahnya tanpa jilbab, seseorang telah menegurnya,"mengapa engkau tidak berjilbab, adakah engkau tidak tahu tentang perintah memakainya?". Lalu wanita tersebut berhenti melangkah dan menyuruh seseorang mengambil jilbabnya, beliau berkata, "aku tidak mahu selangkah pun aku berjalan dalam keadaan melanggari perintah Allah swt". Diriwayatkan juga ketika peristiwa Fathul makkah, Hindun datang berjumpa Rasulullah untuk memeluk Islam dalam keadaan berjilbab. Beliau telah siap menunaikan perintah Allah walaupun belum memeluk Islam.

Hari ini apa yang terjadi pada wanita Islam, bertahun-tahun belajar Islam tetapi masih tiada kekuatan untuk mengamalkannya...
Wanita solehah juga tidak berpergian (keluar rumah) melainkan urusan yang mustahak.Keluarnya wanita dari rumah hendaklah ditemani muhrimnya. Para sahabiyah r.a tidak keluar dari rumah mereka sehinggakan mereka tidak hafal jalan -jalan di kampung mereka. Apa yang mereka hafal hanyalah jalan-jalan menuju syurga Allah. Oleh itu, mereka telah menghantar suami dan anak anak mereka ke syurga melalui jalan pintas, dengan berjihad dan syahid di jalan Allah... Keluarnya wanita dari rumah menyebabkan terbinalah papan-papan iklan maksiat. Ini sangat menguntungkan musuh Islam. Wanita kita hari ini melariskan produk keluaran mereka dengan mendedahkan maruah mereka pada pandangan umum.
Aku bangga apabila ditanya pada seorang muslimah, "dimana tempat membeli belah paling besar di kota ini?". sedang ia menjawab, "saya tidak tahu". Seorang wanita solehah juga tidak bertabarruj (berhias diri yang berlebihan).
firman Allah swt:
"Janganlah kamu berhias diri sepertimana berhias diri perempuan jahiliyah".(surah al-Ahzab_33)
ya,memang benar...Islam itu mudah, tapi kemuliaan Islam itu selalu mengiringi mereka yang tidak mengambil mudah terhadap Islam, dalam satu hadith dalam kitab hadith 40, Rasulullah s.a.w bersabda,

"Kebaikan itu adalah akhlak yang baik, dan dosa itu adalah apa yang bergetar di hati kamu, dan kamu takut perbuatan itu dilihat orang 
Wanita solehah itu adalah wanita yang menjaga pandangannya, kerna ia adalah perintah dari Allah (an-Nur,30-31), ia tidak akan mengizinkan dirinya untuk memandang atau dipandang lelaki ajnabi pandangannya sentiasa tertunduk ke bumi,lantaran sifat malu kepada tuhannya untuk berbuat kemungkaran atau mencetuskan kemungkaran. Tundukkanlah pandanganmu, ibarat mencari sesuatu yang hilang. Ketahuilah, kelak di dalam kubur manusia yang tidak menjaga pandangannya akan diajar oleh syuja'ul aqro, sekali ia menghembuskan bisanya ke bumi, maka sehelai rumput pun tidak akan tumbuh, dan di hari kiamat, dia akan dibangkitkan dalam keadaan buta.
Wanita solehah itu adalah wanita yang selalu menjaga pendengarannya daripada sesuatu yang melalaikan,umpatan dan cacian, wanita yang menjaga pendengarannya di dunia, maka di syurga kelak dia akan dapat mendengar suara Nabi Daud a.s membaca kitab Zabur, di mana sungai pun akan berhenti mengalir kerna kemerduan suaranya.
Dia akan dapat mendengar Rasulullah saw membacakan surah Yasin dan Toha.
Dan di hari puncak segala kebahagiaan untuk penghuni syurga, iaitu di kala melihat wajah Allah swt,Allah swt akan membacakan untuknya surah arRahman...MasyaAllah...

  Saudariku,

Bangkitlah dari lenamu yang panjang,
dan tidak berkesudahan,
sekali kamu terjatuh,jangan biarkan diri kamu jatuh selamanya,
kamu punya kekuatan untuk bangkit semula,
walaupun kita berdosa sebanyak buih yang memutih di lautan,
yakinlah kasih sayang dan maghfirah Allah terlalu luas...


Saudariku...
hidup ini seperti mimpi,
seorang pengemis bermimpi menjadi seorang raja,
dipuji dan dipuja,
segala kemuliaan dan kekayaan tunduk kepadanya,
tapi bila dia sedar dari lenanya,
dia masih seorang pengemis yang miskin dan tidak punya apa-apa,
seorang raja yang bermimpi,
menjadi seorang pengemis yang miskin dan hodoh,
dia dihina dan dikeji di setiap persimpangan yg dilalui,
tapi bila raja itu sedar dari lena,
dia tetap seorang raja...


Saudariku...
itulah hakikat hidup di dunia,
kalau susah,susah yang sementara,
kalau senang, senang yang sementara,
tapi hidup di akhirat, kalau susah sehari, ibarat seribu tahun di dunia,
kalau senang di akhirat..senang untuk selamanya...


Saudariku...
matanglah dalam urusan akhiratmu,
jgn kerna kesenangan dunia yg sementara,
kau sanggup menempah sengsara di akhirat selamanya,
jgn kerna kasih makhluk yang sementara, kau hilang kasih Allah di akhirat,
jika kau hilang kasih Allah, kau hilang segalanya...


Saudariku...
Saidatina Aisyah r.a pernah berpesan,
"sebaik baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang"
jangan kau berasa bangga, kecantikanmu dikejar jutaan lelaki,
itu bukan kemuliaan bagimu, tapi adalah satu penghinaan,
jika kau berasa bangga, kau menyamakan dirimu dengan pepasir dipantai,
yang boleh dipijak dan dimiliki sesiapa sahaja,
di mana seorang pengemis pun mampu memilikinya,
tapi jika kau menganggapnya sebagai satu musibah pada dirimu,
Kau telah memuliakan dirimu setanding mutiara Zabarjad.
yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga sahaja...


Saudariku...
ingatlah pesan Rasulullah s.a.w,
"barang siapa yang menyerupai sesuatu kaum,maka dia daripada kalangan mereka"
lihatlah penampilanmu,percakapanmu,ataupun akhlakmu,
moga - moga ia mirip Asiah dan Maryam a.s,
mirip isteri-isteri Rasulullah saw dan para sahabiyahnya r.a,
kelak di hari kebangkitan,mereka akan menjadi jiranmu,
tapi apa khabar nasibmu,jika penampilanmu, percakapanmu dan akhlakmu,
seperti akhlak wanita-wanita jahiliyah...?


Saudariku...
jadilah wanita solehah,
yang taat pada Allah dan Rasulnya,
teguhlah menjalankan perintahnya dan meninggalkan larangannya,
jangan kau cuba menambah atau menguranginya
walaupun langit dan bumi menghimpitmu,
jagalah hati, pandangan, pendengaran dan percakapanmu,
binalah hubungan baik dengan Tuhanmu,
beristiqomahlah dalam kebaikan dan kesolehan,
agar tarikan dan hembusan nafasmu,
di dalam keredhaan tuhanmu,
didiklah hatimu seperti hati Rasulullah s.a.w,
walaupun dicaci, dilukai dan disakiti,
tapi baginda tetap mendoakan kebaikan utk umatnya...


Saudariku...
ajarlah jiwamu untuk bersahabat dengan tuhan,
ia tidak semudah pengucapan,
kau akan didatangi pelbagai musibah dan ujian,
di kala jasadmu bersama manusia, tapi ruhmu jauh terbang merindui tuhan,
di kala manusia lalai dengan keduniaan, jiwamu menangis kerna takutkan tuhan,
hiasilah setiap tarikan dan hembusan nafasmu,dengan zikir LailahaillaAllah,
berjalanlah di atas jalan seorang solehah, da'ieah, abidah, alimah,murabiyah dan zahidah,
jalan yang pernah dilalui oleh Maryam a.s, Masyitah a.s dan para sahabiyah r.a, di mana seorang yang buta pun, apabila melalui jalan ini, mereka akan bertemu syurga Allah...
 
semoga kamu dimuliakan Allah seperti Saidaina Fatimah r.a..di kala penghulu wanita di syurga itu ingin melalui titian sirat, Allah akan memerintahkan setiap manusia supaya menundukkan pandangan,kerna beliau adalah wanita yang tegar menjaga maruahnya di dunia..betapa tingginya maruah seorang wanita solehah..semoga kamu ditaufiqi Allah untuk mendakapnya.ameeennn
 
Ibnu Aminah aljuhury..............






 

Rabu, 21 Julai 2010

Cinta

salam... entri kali ini mgkin membuat ader yg sahabat aku akan terguris.. tapi ini adalah satu nasihat... memang sekarang aku selalu dengar " dia dah berubah lah", " dia ponteng kelas coz nak jumpe pakwe dia lah", " pakwe dia laki org lah... mcm2... semua nie adalah kerana cinta.. dengan sekelip mata manusia akan berubah...
entri kali ini aku tepanggil utk berkongsi dgn sahabat-sahabat aku tentang cinta....

aku ambik petikan ini dari I Luv Islam.. memang best nyer entri.. aku akan kongsikan petikan ini dgn sahabat-sahabat ku yg aku sayangi...


Jatuh Cinta atau Jatuh Nafsu?
www.iluvislam.com
Oleh: tajulrijalannuar
Editor: Rasailul Ashwaq

Kata orang barat  "What's the fuss all about?"
Hari ini saya ingin mengajak saudara meneliti permasalahan ummat yang berlaku kini khususnya bagi golongan muda belia yang masih lagi baru dalam meniti hakikat kehidupan.
Permasalahan mengikut usia.
Apa yang dapat saya lihat, kebiasaannya masalah bagi golongan muda adalah mengenai hubungan atau percintaan. Masalah kepada mereka yang sudah berumah tangga lebih kepada permasalahan daipada aspek tanggungjawab kepada keluarga, kecurangan dan juga politik tempat kerja. Mereka yang berada dalam kategori kepimpinan pula permasalahannya lebih kepada korupsi dan penyelewengan, tidak kira sama ada daripada golongan ‘ikan bilis' hinggalah ke ‘jerung besar' dan daripada parti Islamik, komunis, sosialis mahupun sekularis.

Melihat kepada rancangan televisyen, dapatkah anda  menilai betapa banyaknya filem, teledrama, telefilem bahkan apa rancangan sekalipun yang membincangkan mengenai cinta sesama manusia? Dalam ruangan akbhar pula, akhbar manakah yang tiada ruangan kaunseling cinta? Berapa banyaknya majalah yang menerbitkan tentang hubungan sesama manusia dalam erti kata cinta yang tidak sah? Cuba anda lihat pula pada diri anda sendiri atau setidak-tidaknya pada mereka yang sebaya dengan anda. Berapa ramaikah di antara mereka yang  mempunyai kekasih pujaan hati? Jawapannya bukan sahaja ada, bahkan terlalu banyak dan barangkali sudah menjadi darah daging!

Bermula mungkin daripada persahabatan, lewat sistem pesanan ringkas (SMS) atau facebook. Setelah beberapa lama, pertemuan diatur. Kemudian, keluar berdua-duaan. Malu-malu. Segan-segan. Selepas itu, bermulalah adegan ayang-ayang, anje-anje. Mula berpegangan tangan. Perhubungan ini diisi dengan madah cinta yang sangat romantis.
Cinta suci...

Cinta agung...
Semoga perhubungan diberkati dan kekal...
Setelah itu, mungkin ada yang ke jinjang pelamin dan mendirikan rumah tangga dan mungkin pula daripada berpegangan tangan mula melangkah lebih maju dalam keadaan yang tidak baik.
Malaysia Boleh katakan...
Di akhir cerita lahirlah anak luar nikah. Paling tidak, kehormatan diri sudah tergadai atau mungkin hampir tergadai. Barangkali situasi ini tidak berlaku kepada semua pasangan tetapi hal ini berlaku hampir kepada semua.
Kita lihat pula pada sikap mereka yang berada dalam situasi ini. Sanggup lakukan apa sahaja, betul? Sanggup membelanjakan wang dan mengorbankan masa. Sanggup melayan dan menahan banyak kerenah. Sanggup menyerahkan tubuh badan untuk dijadikan sebagai persembahan ‘cinta teragung'. Lebih dahsyat lagi ada yang sanggup menukar agama kerana sayangkan kekasih hati.
Lihat pula kepada perbualan harian mereka.
"Kenapa dia tak call aku hari ni?"
"Dia suka aku ke tak? Sayang aku ke tak?"
Kalau nak dengar dengan lebih lanjut, saya mencadangkan supaya dengan tak malunya sila duduk di sebelah mereka yang sedang berpacaran dan dengar perbualan mereka. Jika ingin jalan selamat supaya tidak dimaki, tonton sahaja TV3.
Sekarang harap anda mula melihat dengan jelas. Sejujurnya hal ini adalah masalah yang berlaku dalam golongan muda-mudi kita. Kita disibukkan oleh permasalahan sebegini remeh.

Cinta itu juga satu ciptaan. Bukan Pencipta. Cinta bukan Tuhan!

Bukankah cinta itu telah Allah ciptakan kepada manusia sebagaimana Dia menciptakan pancaindera manusia dan akal manusia. Jadi boleh sahaja kita katakan bahawa cinta itu cuma satu jalan daripada jalan-jalan yang telah Allah kurniakan kepada kita untuk mencari redaNya. Sayang... Kita menjadikan jalan itu sebagai matlamat sedangkan matlamat sebenarnya sudah hilang ke mana. Jadinya, secara tidak sedar kita telah terlampau mengagungkan kalimah cinta dan cinta itu sendiri.

JATUH CINTA
atau JATUH NAFSU?

Bukankah sudah jelas dalam al-Quran dinyatakan bahawa syaitan akan menampakkan sesuatu yang buruk itu sebagai sesuatu yang baik pada pandangan kita?
Berpegangan tangan. Bercumbu mesra. Peluk-memeluk. Tangan menjalar merata diiringi kalimah-kalimah yang manis puji-memuji. Kadang-kadang siap berdoa supaya kasih akan terus berkekalan. Poorah! Bila sudah perut membesar, barulah tersedar dan tersentak. Bila keluarga si perempuan bawa "abang-abang besar" suruh bertanggungjawab barulah rasa kecut dan takut.
Haq dan batil tidak boleh bercampur. Islam itu lahir daripada keruntuhan jahiliah. Kita ini terbalik pula. Islam itu jadinya pada kita bercampur dengan jahiliah. Maka patutkah Allah reda dengan tindakan kita? Sepatutnya kita melihat melalui kaca mata al-Quran yang sudah terang haq dan batilnya. Bagaimana indah sekalipun jika yang batil itu dicantikkan oleh syaitan, kita tetap akan sedar betapa buruknya apa yang kita lakukan, betapa jijiknya dan kotornya dosa yang kita lakukan itu.

Berhenti dan
Periksa diri Anda.

Kita bukanlah manusia yang sempurna daripada segala salah dan silap. Kita seharusnya sedar jika telah berbuat kesalahan dan melakukan perubahan. Itulah yang membezakan Adam dan Iblis. Kedua-duanya membuat kesalahan tetapi Adam bertaubat sedangkan Iblis telah bersumpah dengan angkuh dan sombongnya untuk menyesatkan anak cucu Adam sampai hari perhitungan. Berhenti dan periksa diri kita, muhasabah kembali tiap perlakuan kita. Semoga apa yang tertulis ini mampu memberi sedikit kesedaran kepada saya dan anda. Wallahua'alam.


Sabtu, 17 Julai 2010

TRavElog Haji:

salam...
di hujung minggu yang x bnyak kerja dan asgment lagi... blh lah aku update blog nie selalu....
aper yg aku nak coret nie adalah aku nak mengulas sebuah buku yg aku baca nie.. aku dah lamer beli.. cumer xde mase nak aku baca kan... buku ialah Travelog haji...
memang best... berape kali cetak aku pun xtau.. dulu aku pun cari gak buku nie.. tapi aku pg kedai je mesti hbis dijual... akhir mase aku mai sorg-sorg kat shah alam mase cuti sem iaitu 1/6/2010...

ok.. Travelog haji.... mengubah sempadan iman... satu cerita dan pengalam seorng pensyarah UITM... mula-mula aku baca telah membuat aku berasa bertapa besarnya keagongan Ilahi...setiap tajuk yg dikupaskan melalui pengalaman penulis sebelum, semasa dan selepas pergi ke tanah suci iaitu Mekah utk menunaikan fardu haji dan menyempurnakan rukun islam yang kelima...

tersentuh hati ku membaca... 
Ya ALLAH engkau lah Maha Mengetahui...
 Maha Mengasihani...

bila aku berfikir balik... aku muhasabah diri ku yg kerdil nie....
Aku bersyukur ke hadrat Ilahi coz aku diberi peluang utk mungubah diri aku yg kearah kebaik....
aku bersyukur mu Ya ALLAH....
kerana engkau telah membuka pintu hati ku ini utk bertaubat...
aku bersyukur Ya ALLAH kerana engkau menguji diri nie dgn ujian mu....
semua nie adalah dgn izin mu Ya ALLAH...
beli aku berfikir dan mengingat balik setiap dugaan hidup yg aku lalui..
walaupun pahit utk aku telan... xmungkin akan pahit utk selamanya.....
aku bersyukur pada mu Ya ALLAH..............


Afgan – PadaMu Kubersujud

ku menatap dalam kelam
tiada yang bisa ku lihat
selain hanya nama-Mu Ya Allah


* esok ataukah nanti
ampuni semua salahku
lindungi aku dari segala fitnah

reff:
kau tempatku meminta
kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hamba-Mu yang slalu bertakwa
ampuniku Ya Allah
yang sering melupakan-Mu
saat Kau limpahkan karunia-Mu
dalam sunyi aku bersujud

repeat *, reff
repeat reff


pada-MU


Rabu, 14 Julai 2010

Saya Adalah Saya..

salam... kepada pembaca semua...

sudah seminggu sesi kuliah UiTM -Shah Alam telah bermula.. tapi mungkin awal-awal pembelajaran masih kurang sibuk lagi.. heheh tengok lah kalo lab dah start.. mugkin kesibukan diri ini menjadi teman dalam diri seorang pelajar macam saya... tapi walaupun sibuk macam maner pun... ALLAH kiter jangan kiter luper.. awal kuliah ini sudah 2 buah buku saya telah habis baca.. tapi bukan buku subject yg saya ambil.. tapi buku-buku ringan utk mengisi ilmu di dada ini...
alhamdulillah.. ..
sem nie bnyak yang aku belajar... ilmu baru....seronok sgt sem nie.. bnyak benda baru yang saya belajar... barulah saya nampak kesernkn major communikasi ini... .

enteri kali nie bukan membosan kan...
sem nie saya nak ubah perangai saya menjadi seorang penyabar.. walaupun orang nak sakit kan hati saya, saya akan tetap sabar selagi boleh.. biarlah orng nak wat aper... kiter xperlulah balas balik.. just berdoa semoga hati terbuka utk tidak wat lagi perkara-perkara demikian....

kepada abg-abg senior ku.. saya mintak maaf coz sem nie saya xmasuk SAF utk pasukan bowling padang.. saya xde comiment kpda pasukan dan perlawanan nnti... 
aper yg saya jnji mase celebrte ari itu anggap lah sebgai ucapan kosong sajer...

SAF kali ini dapat sambutan yang menggalakan...tahniah kpda pihak pengurusan.. coz berjaya tarik pelajar FKE utk bersukan....




kenangan bersama pasukan bowling padang SAF 09


Khamis, 8 Julai 2010

seM Baru

salam.....
minggu nie bermulalah sem baru aku.. sem 7.. huhuh tahun akhir...
mcm biaselah aku memilih subject yg aku minat.. masuk2 sem jer aku nak kena siap kan report FYP aku yg tertangguh.. dan kena cari lagi input2 yg mengenai gempa bumi...

aku tnyer org... bnyak org xwat lagi.. aku jer yg wat... coz sem depan aku nak praktikal.. jadi aku kena siap awal2 lah dulu...

huhuhu sem nie bnyak yg aku beljr pasal comm.. memang minat aku... aku suka... hehehe aper org nak kater kater lah.. rezeki, jodoh dan ajal semuanya di tgn Tuhan... 

aper pun sem nie aku kena kuatkan semgt aku utk aku tempohi pelbagai rintgn dan halangan utk aku berjaya...


InsyaALLAH.......................

Sabtu, 3 Julai 2010

3 JuLai 2010 ... 10 Tahun pemergian iBuku....

salam... hari ini genap lah sepuluh tahun pemergian ibuku ke rahmatulallah...
same2 kiter sedekahkan al Fatihah kpd ibuku...
AL-Fatihah......

makku yg bernama Aziah bt Md Dahan telah dilahirkan pada 21 Mei 1959.. dah telah berkahwin dgn bapaku yg bernama Ibrahim b. Hj Uda... dan dikurniakan 8 org anak iaitu Norafiza,Ahmad Fariz,Norfadhilah,Noradyana,Nor Syahida,Ahmad Safuan, Nornadia dan akhir sekali Ahmad farhan...

makku meninggal kerana penyakit asma... beliau meninggal pada waktu tghari.. ketika itu aku masih berusia 13 tahun... hakikatnyer walaupun waktu itu aku sudah besar sedikit tapi aku mcm xpercaya pemergian ibuku... aku rasa mcm main2.. tapi hakikat yg patut aku telah ialah aku xde mak....

kalo dulu aku mcm rasa down sgt naper lah menda mcm nie berlaku dalam diri aku.. tapi bile aku dah mula meningkat dewasa aku berfikir blik.. semua yg berlaku dgn izin ALLAH s.w.t ader hikmah yg tersembunyi yg perlu aku cari... akhirnyer aku jumper.... ALLAH Maha mengetahui segala2nya... ALLAH mengetahui kekuatan diri kiter bila diuji.... aku bersyukur keran ALLAH menguji diriku ini.. terlalu bnyak hikmah yg aku terima... Alhamdulillah....

mak bnyak bersabar dgn karenah -karenah anak2 nya yg nakal, suke bergaduh.. tapi dlm sakit2 pun dia blh sabar dan membuat kerja2 rumah.. mak seorg yg rajin dan pandai buat kerja rmah... mak pandai menjahit, mak pandai memask dan aper2 lah...

mak, syida syg sgt kat mak.. mak... tiada org yg boleh mengantikan tempat mak...
mak... 
syida akan sentiasa sedekahkan al-fatihah dan sentiasa memdoakan mak dilindungi dari seksaan api neraka...
 
AL-FATIHAH
 Arwah Aziah Bt Md Dahan(mak ku yg ku syg)
 
pada 3 julai 2010 my frenz Nor Hidayah Bt Mohd Nasir menyambut hari ulang tahun kelahiran yg ke 23tahun..
Happy biRtHDay DayaH...
 
Nor Hidayah


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Firman ALLAH s.w.t bermaksud

"Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang yang tentu makan minum dan berjalan di pasar-pasar, dan Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar (menghadapi ujian itu)? Dan (ingatlah) adalah Tuhanmu sentiasa Melihat (akan keadaan makhluk-makhlukNya)."-Surah Al-Furqan:ayat 20