CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Isnin, 24 Januari 2011

Praktikal Part 2.

Salam semua.. huhuhu ok kita sambung balik cerita aku tentang praktikal.. aku aper yang aku kata kan dalam part 1 adalah hari yang aku nak tamat training aku terjadi satu perkara yang luar kawalan emosi aku.. biasa lah orang perempuan.. ader pelbagai emosi yang tidak dijangka waktunya... so benda ini terjadi dalam diri ku...
Aper yang aku nak katakan aku bergaduh dengan praktikal mate aku... hehehe nama itu aku xsebut lah.. biasa lah perempuankan bila hatinya tersentuh... so tanpa aku berfikir panjang dan mengawal kesabaran aku... aku pun meletup lah... hehehe semua aku salah kan dekat dia... aku xpikir kesalahan aku time itu....
Akhirnya berlaku lah peperangan yang selama ini aku jarang buat....
Tapi walaupun aku rasa puas tapi ada satu perasaan yang tidak enak dalam diriku ini.... perasaan tidak tenang.... mula aku pikir sebab aku banyak masalah yang aku harus selesaikan.. tapi bila perkara itu selesai perasaan itu still ada dalam diri ini.....
Akhirnya aku duduk di tikar sembahyang selepas solat... aku muhasabah diri aku.. adakah apa yang aku buat selama ini betul...... dan akhirnya air mata aku menitis dan aku jumpa jawapan disebalik perasaan yang tidak enak....
Aku bersyukur kepada MU YA ALLAH..... kerana engkau menyedaran diri ini.....
Bila kita berfikir balik... kesalahan itu tidak terletak seratus peratus dekat kawan saya itu sahaja.... tapi diriku ini.....
Akhirnya aku meminta maaf dengannya.....
Hati aku kembali tenang kerana tidak ada sengketan.. kerana dia jugak saudara ISLAM ku jugak...
Ada menda yang aku ingin kongsikan kepada kawan-kawan ku tentang satu artikal ini... artikal ini jugak banyak menyedarkan diri aku dan jugak kawan-kawan aku yang membaca... so nanti aku akan selitkan satu artikal yang menari ini..







Cinta Pertama, Hirisan Pertama


Bismillahirrahmanirrahim..

Entri kali ini istimewa menjawab
Personal Message (PM) dari seorang sahabat iluvislam..sejujurnya bukan ini PM yang pertama di terima, dan kerana berpendapat ramai yang menghadapi masalah yang serupa  maka kali ini saya luangkn sedikit masa untuk mengulas mengenainya. semoga sama-sama dapat mengutip manfaat darinya..

PM: "Awak tak penat ke jadi baik? Awak tak penat ke orang hina, permainkan awak, kutuk awak, hancurkan hati awak? Tak pernah sekali ke awak melawan? Awak bertudung labuh, sesetengah orang pandang awak buta fesyen, pandang awak konservatif, apa yang awak buat?"

SAYA: First of all, i am not wearing tudung labuh. Saya biasa-biasa sahaja, bukan dari sekolah agama dan bukan juga belajar di universiti Islam, saya juga belajar dan bekerja di bidang kejuruteraan. So untuk menjawab persoalan buta fesyen, pandang saya konservatif adalah tidak relevan bagi saya kerana saya seorang yang "up-to-date". tapi jika bertanya apa pendapat saya mengenai mereka yang bertudung labuh, jawapan saya, saya kagum dengan mereka yang lebih mementingkan pandangan Allah daripada pandangan manusia. sejuk mata menengoknya, kelihatan sopan dan ayu, jauh dalam hati saya pun menanam tekad dan azam untuk di kurniakan kekuatan supaya dapat mencontohinya..insyaAllah, dengan izin Allah saya juga akan bertudung labuh, mudah-mudahan.

Penat menjadi baik?
Tak penat ke orang hina, main-mainkan kita, kutuk kita, hancurkan hati kite?
Tak pernah sekali ke saya melawan?

Siapa kata saya tak penat? Kadang-kadang tu ada juga terasa.Saya juga manusia yang lemah. Mungkin saya tidak pernah di hina, tapi menjadi seorang yang terlalu baik sebenarnya pernah mendedahkan saya kepada situasi akhirnya saya di tindas dan di aniaya. Ya, mereka akhirnya menghancurkan hati saya. Saya juga seorang yang pemaaf dan tak menyimpan dendam, bukan balasan baik yang saya perolehi-sebaliknya mereka menuduh saya hipokrit!

Astaghfirullahalazim..Bukan senang nak jadi baik..Memaafkan pun jadi salah.
so apa lagi? Takkanlah orang berbuat jahat kita juga harus berbuat jahat? No, it is not me..I dont care if u wanna hurt me but to revenge is not me. Terserah apa orang nak fikir tentang kita yang pasti kita tahu apa yang kita buat adalah betul dan yang penting, keredhaan Allah itu yang paling utama.
 "Jika kamu memperoleh kebaikan, niscaya mereka bersedih hati, tetapi jika kamu mendapat bencana, mereka bergembira karenanya. Jika kamu bersabar dan bertakwa, niscaya tipu daya mereka sedikit pun tidak mendatangkan kemudaratan kepadamu. Sesungguhnya Allah mengetahui segala apa yang mereka kerjakan."
 [Al-Imran:120]

Bila hatimu hancur dan terluka, menangislah, luahkan rasa luka yang terpendam, namun jangan di simpan luka yang pedih itu terlalu lama. kelak ia membusuk dan bernanah, kamu sendiri yang bakal menanggung derita yang tiada berkesudahan. Menangislah dan senyumlah. bangkitlah dari kesedihan dan ubatilah hatimu dengan mengingati Allah. Ingat, dunia ini penjara yang terindah bagi orang-orang yang beriman. Hidup di dunia sekejap sahaja, paling lama 80 tahun, tapi nun kat akhirat sana, kita kekal selamanya...
so pilih, nak susah sekejap kat dunia or nak susah selamanya di akhirat? semuanya di tangan kita.
" Kehidupan dunia dijadikan indah dalam pandangan orang-orang kafir, dan mereka memandang hina orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertakwa itu lebih mulia daripada mereka di hari kiamat. Dan Allah memberi rezeki kepada orang-orang yang dikehendaki-Nya tanpa batas."
 [Al-Baqarah: 212]
Memaafkan Bukan Mudah!

 PM: "Saya tidak boleh maafkan orang.Saya tipu apabila saya cakap saya sudah lupakan bekas tunang saya, hakikatnya, saya masih merindui dia.Saya nak tinggalkan dia, tapi saya tak mampu.Asniza, awak ingat saya nak ke jadi panas baran? Saya tak nak tahu tak.Awak ingat perempuan-perempuan jahat tu nak ke jadi jahat? entah saya tidak tahu, tapi saya tak nak.Saya nak jadi solehah.Asniza, saya berani bersumpah, saya rela tak berkahwin asalkan saya masuk syurga.Tapi syaitan asyik mengganggu saya."

SAYA:Tiada siapa yang inginkan sesuatu yang tak elok terjadi terhadap dirinya. Manusia yang waras tentunya menginginkan yang baik-baik sahaja.Namun kadang-kadang situasi yang memaksa kita menjadi seorang yang di luar kawalan.Adunan perasaan yang seribu satu serta di dorong angan yang tidak berkesampaian mengubah kita menjadi insan yang sukar di ramal.Hinggakan kadang-kadang kita sendiri benci melihat bayang-bayang sendiri, kerana kita juga tahu membezakan mana yang baik dan mana yang buruk.Ingin melangkah tapi terasa bagaikan kaki di rantai. Ingin menjadi lebih baik tetapi ada sahaja alasan yang menghalang. Harus bagaimanakah?
 "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
 [Al-Baqarah:216 ]

Maka, pesan saya, maafkanlah.Sesungguhnya maaf adalah penawar yang terindah, dan sebelum kita memaafkan seseorang, kita kena maafkan diri sendiri dulu. Lapangkan dada, tenangkan hati. cuba untuk berpijak di bumi yang nyata. jika kita tidak nampak apa-apa jaminan positif di masa hadapan, maka lepaskan dia pergi. past is past, gone is gone. kita hidup hari ini kerana sejarah semalam. dan untuk hidup esok hari, bergantung kepada apa yang kita lakukan pada hari ini. Optimislah.

Leraikanlah Simpulan Dengan Cermat


Sesuatu masalah umpama simpulan tali yang kusut. Untuk menyelesaikan sesuatu masalah, kita kena menghadapinya dengan bijak, elakkan daripada melarikan diri dari masalah. Jangan menarik simpulan tali terlalu kuat, kelak simpulan itu akan semakin ketat dan sukar untuk di leraikan. Jangan mengenggam rama-rama terlalu kemas, kelak rama-rama itu terkoyak sayapnya lalu binasa. Belajar untuk memaafkan dan melupakan. Saya tahu ianya sukar, tapi demi kehidupan kita yang lebih baik di masa hadapan, kita tiada pilihan!
Time will heal, insyaAllah jika kita mengizinkannya.

Luka yang paling dalam adalah luka kerana hirisan pertama.
Sakit yang paling sakit adalah sakit yang di ciptakan orang yang paling kita cintai.

Itulah kenyataan, lumrah alam. Tapi, mematahkan seluruh tangan kerana hirisan kecil di jari adalah suatu tindakan yang tidak bijak. Maksud saya, mensia-siakan seumur hidup kita kerana menangisi dan mengenang luka yang silam adalah tidak berbaloi! Luka di jari akan sembuh dengan sendirinya, cuma terserah kepada kita bagaimana untuk mengizinkannya sembuh. Kalu nak cepat baik, letak la ubat, dan sebaliknya..begitulah juga kehidupan ini..

Perkahwinan adalah nikmat dan anugerah dari Tuhan. Dengan perkahwinan ini juga,yang haram boleh jadi halal. Perkahwinan juga perlu untuk memanjangkan lagi susur galur keturunan dan zuriat seseorang. Perkahwinan juga adalah sunnah Nabi dan di tuntut dalam agama. Jadi, mengapa mengharamkan yang halal?

Wanita di ciptakan dari tulang rusuk lelaki yang letakknya dekat dengan hati supaya dia di kasihi dan hampir dengan lengan supaya dia di lindungi. Wanita bukan di cipta dari kaki untuk dipijak dan di hina dan wanita juga tidak di cipta dari kepala untuk di sanjung. Jika lelaki dan wanita menyedari hakikat ini, insyaAllah sesebuah institusi kekeluargaan yang terbina akan mampu bertahan lama dan membawa manfaat kepada semua ahlinya.

Kecewa dengan cinta pertama? Jika di lontar batu ke dalam sekumpulan manusia, insyaAllah batu itu akan mengena salah seorang dari mereka yang pernah putus cinta. Dalam sepuluh orang manusia itu, pasti 7 orang darinya ada pengalaman putus cinta.Cinta monyet, cinta tiruan, cinta palsu dan macam-macam cinta.


Kita belajar dari kesilapan dan pengalaman. Gagal sekali tak bererti selamanya gagal. Kadang-kadang Allah sengaja temukan kita dengan orang yang salah, supaya suatu hari nanti, bila kita bertemu dengan orang yang tepat, kita tahu menghargainya..Wallahua'alam. Kita juga selalu dengar, Allah sengaja turunkan hujan yang lebat tapi selepas hujan yang lebat itu, Allah anugerahkan kita dengan pelangi yang indah. Doakan yang baik-baik kerana itu lebih mulia, jangan sekali-sekali mendoakan atau berkata-kata yang buruk kerana al-quran juga tercatat:
 "Janganlah kamu jadikan (nama) Allah dalam sumpahmu sebagai penghalang untuk berbuat kebajikan, bertakwa dan mengadakan ishlah di antara manusia. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."  [Al-Baqarah: 224]
Kenapa Bukan Aku?

PM: "Awak ingat tak seksa ke hidup macam ni? Saya tengok orang jahat bom palestin tapi saya tidak mampu buat apa-apa,saya menangis tahu tak..saya rasa saya yang patut kena bom..kasihan mereka..saya berdoa minta Allah tolong mereka..tapi saya terfikir, kenapa Allah masih belum mahu menghancurkan israel..tentu kaum palestin ada buat dosa..macam saya, kenapa saya masih belum bertemu ketenangan jiwa, adakah kerana saya terus melakukan dosa?"

SAYA:Syukurlah kerana kita ada perasaan dan kesedaran itu. Mungkin kita pernah melakukan kesilapan di masa yang lalu. Alhamdulillah kerana kita di kurniakan kesempatan dan masa untuk merenungnya semula. nobody perfect. Tiada manusia yang tak pernah melakukan kesalahan. kita bukan maksum. Tapi pintu keampunan sentiasa terbuka untuk kita. Dipanjangkan umur sehari lagi juga satu nikmat daripada Allah, supaya kita hargai dan guna kesempatan yang ada untuk terus bertaubat dan mohon keampunan dariNya.

Tiada bumi yang tak pernah ditimpa hujan, tiada pipi yang tak pernah di basahi dengan air mata. Salah satu cara Allah sayangkan kita adalah dengan memberi dugaan dan ujian kepada kita, kerana Allah tahu, hati yang sedang berduka dan di uji ini selalunya lembut dan mudah untuk mendekatiNya..Allah maha Pengampun lagi Maha Mengasihani..semakin kita cuba mendekatiNya, semakin Dia dekat dengan kita. biarlah seluruh dunia membenci kita dan menjauhi kita, tapi ingat, Allah sentiasa ada bersama kita.
remember that..

Kita di beri dugaan dan ujian setimpal dengan kekuatan kita untuk menghadapinya. Allah hanya memberi dugaan kepada hamba-hambaNya yang mampu. begitu juga saudara kita di Palestin, kerana Allah tahu mereka mampu mengharunginya..ini juga sudah tertulis dalam al-quran..
" Baginya apa yang telah diusahakannya dan bagimu apa yang sudah kamu usahakan, dan kamu tidak akan diminta pertanggungan jawab tentang apa yang telah mereka kerjakan."
[Al-Baqarah: 134 ]
Tidak sempurna iman seseorang jika dia tidak mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri. Tiap apa yang Tuhan ciptakan pasti bersebab. Palestin diuji namun seluruh umat Islam malahan satu dunia merasai peritnya, deritanya. Subhanallah..Palestine tidak menangis sendirian, umat Islam seluruh dunia bersatu menghantar doa mengharapkan penderitaan itu segera berakhir..Allah Maha Mengetahui segala yang ada di langit dan di bumi. Dia Maha Bijaksana.

Biarkanlah Israel laknatullah bersorak sorai, bergembira meraikan nyawa yang terkorban, di dunia ini mereka mungkin meraikan kemenangan dan ketahuilah, di akhirat sana, nerakalah sebaik-baik tempat untuk mereka yang kejam.
"Kehidupan dunia dijadikan indah dalam pandangan orang-orang kafir, dan mereka memandang hina orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertakwa itu lebih mulia daripada mereka di hari kiamat. Dan Allah memberi rezeki kepada orang-orang yang dikehendaki-Nya tanpa batas."
[Al-Baqarah:212]

Penutup


Setiap apa yang Tuhan ciptakan biarpun sebesar zarah, pasti ada sebabnya, ada hikmah yang tersembunyi. dan Dia Maha Mengetahui. Dalam setiap kejadian tiada yang sia-sia. Yakinlah dengan kekuasaan Allah, yakinlah bahawa Dia Maha Adil. Jangan sesekali berasa penat berbuat kebaikan jika kita mengharapkan balasan daripadaNya semata-mata.

petikan diambil :












www.semut2comel.blogspot.com

Ahad, 23 Januari 2011

Praktikal Part 1


Salam semua.... sudah lama tidak mengupdate kan blog nie... hehehe biasa lah kesibukan duniawi menyebabkan kita alpha seketika....
Dalam masa cuti semesta baru ini.. saya membuat latihan industri di sebuah syarikat telekommunikasi iaitu R&A Telecommunication...
Pada mulanya rasa memang xbest... akhir lama-lama duduk dekat situ aku mula menyusaikan diri dengan tempat kerja....
Kerjanya macam biasa lah kerja seorang Jurutera.. mesti sentiasa sibuk dan tekanan kerja sentiasa ada... banyak yang aku pelajari disitu.... terlalu banyak....
Aku belajar erti kesabaran, belajar macam mana nak design antenna location, macam mana hendak berunding dengan orang dan sebagainya lah....
Banyak ilmu yang aku pelajari disini... tentang berdikari, usaha sendiri dan banyak lah.... dekat sini aku nak ucap banyak-banyak terima kasih dekat supervisor aku dan engineer- engineer....
Selama dua bulan aku kat sini aku banyak belajar tentang kehidupan dan ragam-ragam manusia disekeliling. Alhamdulillah akhirnya aku tamat praktikal pada 14 Januari 2011.. tapi penamat aku sebagai budak training berakhir dengan sebuah episod yang tidak harus berlaku.... so sambung part 2 praktikal aku...


Isnin, 20 Disember 2010

ALHAMDULILLAH... Aku Bersyukur

salam.. alhamdulillah aku bersyukur ke hadrat illahi kerana sekarang aku masih bernyawa dan boleh melakukan ibadat NYA.. begitu banyak nikmat yang ALLAH berikan kepada ku ini...
sekarang ada masa untuk mengupdatekan blog ini selepas final exam sem 07 dan sekarang pula aku menjalani latihan industri di sebuah syarikat di shah alam..

permulaan latihan aku rasa sangat stress dan rasa sangat kecewa.. rasa sabar dalam diri ini mula hakis dek kerana hasutan syaitan durjana.. tapi aku kalah dengan hasutan itu, aku mula marah. padahal aku tahu marah itu penyakit hati...
tapi ALLAH menghantar sahabat ku untuk menegur diri ku yang lalai ini, sahabatku pun menegur diri ini yg lemah..

terima kasih sahabatku.... 

malam itu, selepas aku melakukan kewajiban diri ini sebagai hamba NYA, aku bermunajat dan bermuhasabah diri aku yang sentiasa lalai dengan suruhanNYA...

aku muhasabah diri ini dan serta merta air mata aku jatuh.. aku menangis kerana aku mula sedar kesilapan diri ini... diri ini tidak sempurna, telalu bnyak kelemahan yang perlu diperbaiki...


ALHAMDULILLAH.......

sekarang...
aku makin dengan MAHA Pencipta....
MAHA Mengasihani.....

MAHA Mengetahui......

Aku bersyukur kerana hati ini yang milik ALLAH sentiasa dijaga oleh Nya...

kerana hati ini aku pinjam sahaja......






























Rabu, 27 Oktober 2010

ALLAH tidak pernah lupakan hambanya.

salam.. hrm sudah lama rasanya tidak mengupdatekn blog ni... blog ini pun sudah banyak sawang yang harus ku buang... heehehe bukan aper.. tidak kesempatan untuk mengupdatekan blog nie.. biasa lah sebagai seorang pelajar.. lagi-lagi selepas cuti mid sem.. hrm banyak yang harus aku selesaikan...

Assignment+test+report+ presentation...

last sekali final.. huhuh sem nie aku tidak kesempatan untuk pulang ke kg halaman sebelum final exam coz kesibukan yg melanda menyebabkan aku tidak kesempatan untuk pulang....

sekarang bermulalah misi untuk semua student UITM iaitu berjuang final exam.. aku mengucapkan selamat berjuang sahabat2 ku...


pada aku menaip blog nie aku sudah habis satu paper.. dan sekarang aku berada di kg halaman yg sangat aku rindui... bila aku balik jer kg ketenangan itu mcm datang ke pada aku tanpa dipinta...
bnyak menda yang terbuku dihati ini belum terungkai sebelum dan selepas aku menduduki first paper..

bnyak sgt masalah yang datang.,,, bila aku fikirkan balik aku tidak boleh down but aku kena bangkit dan aku kena pikir positif...
aku tahu ALLAH sentiasa bersama hambanya... ALLAH tidak pernah lupe akan hambanya,,, tapi kita yg selalu lupa pada ALLAH..
kita perlu syukur dgn nikmat-nikmat ALLAH..
terlalu bnyak nikmat-nikmat ALLAH yg kiter dpt.. 

hrm aper pun sekarang aku kembali tenang dan masalah hilang begitu sahaja.. thanks aku ucapkan kpd SAHABAT aku yg bnyak memberi kata-kata semagat dan dorongan untuk aku terus bangkit dari kemurungan aku...

aper pun aku nak ucap SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN 
semoga boleh jwb dgn tenang....

Rabu, 22 September 2010

RumaH terbUka data comm 23/09-9mlm-11mlm

salam... belum terlambat untuk saya ucapkan selamat hari raya aidilfitri....salam lebaran...hehehehehe mungkin entri kali ini pelik sikit.. sebenarnya bukan majlis umah terbuka tapi test yang berderet-deret dari data commm..
pagi tadi baru sahaja selesai satu test skill base assement yang dibuat secara online... soalannya agak susah jugaklah... kena paham dan tahu buat IP adderess.. kalo paham memang seronok...

aku orang kedua siap.. walapun betul aku jwab markah tetap x tinggi gak... mgkin orang "computer itu yang tahu aper salahnya... tapi alhamdulillah... walaupun tidak tinggi maner tapi lulus lah... thanks diucapkan kepada Dr Khairul walaupun terlalu cepat dia ajar dalam masa 20 minit, tapi input yang dapat banyak jugaklah...

esok 23 /9/2010 dan 24/9/2010 ader test lagi.. test data comm jugak lah.... 23 nie test online dan 24 test bertulis.. xtau macam ner bentuk test-test ini sama ada senang or susah.. harap-harap senang lah...

so pada 23 nie test online.. puan baru hantar email dia kater tempat bebas dan masa yang ditetapkan adalah 2 jam dari pukul 9mlm-11mlm.. saper nak join leh jugak.. wat kat area pusat komersial syeksen 7.. tempat akan dibincangkan.. cume bwk laptop dan broadband sahaja...  
sama-sama lah kita memeriahkan umah terbuka data comm.

Isnin, 13 September 2010

Suasana Hari RAya Aidilfitri 2010

salam hari raya aidilfitri kepada umat islam yang berada di dunia ini...
tahun ini aku masih kesempatan untuk menyambut hari raya dengan penuh kesyukuran kerana tiada apa yang berlaku menjelang hari raya...

tahun ini alhamdulillah aku menyambut dengan keluarga ku yang semua nya ada.. terutamanya akak ipar aku yang tahun lepas tidak kesempatan beraya dengan kami dan tahun ini dia dapat beraya dengan kami semua...

biasalah sehari sebelum raya semua orang buat persiapan yang terakhir, tidak ketinggalan kami jugak... mengemas umah, membuat rendang dan membersih halaman rumah .... 

selepas berbuka, aper lagi ini lah aktiviti kami setiap tahun.. bakar mercun.. aku xjoinlah cume tgk jer...
abg aku, abg ipar dan adik lelaki aku jer yang main.. kami tgk jer...

lepas itu kami semua solat maghrib dan bersiap sedia utk pergi ke rumah aki( atok(ayah kepda arwah mak)). kami berkumpul saudara mara belah arwah mak aku.. seronok gak.. kumpul ramai-ramai.. makan lemang dan ketupat.. lepas makan, kami wat tahlil arwah untuk nenek aku, mak aku, dan saudara mara yang telah pergi ke rahmatullah... 
selepas itu , aper lagi sesi mendapat duit raya.. tahun ini tahun last lah aku dapat duit raya.. tahun depan mungkin aku dah xbelajar lagi... so xdapat dah...
banyak jugaklah aku dapat... dalam bnyak-bnyak itu, aku lah paling besar dapat duit raya... yang lain masih kecil lagi... hehehehe.. alhamdulillah, aku tidak kesah sangat pasal duit raya yang penting kemaafan di hari yang mulia ini...

pas itu.. menjelang lah hari kemenangan bag umat islam.. hari raya aidilfitri.. huhuh seronok jugak lah... pas semua yag sudah siap.. pas jumaat aku jalan raya dgn kawan-kawan batch aku mase sek rendah... batch 99... masih kukuh lagi ukhwah kami semua.. semua dah kerja.. ader segelintir yang masih belajar...

kami beraya sampai lah ke petang.. tahun ini kami beraya ke rumah cikgu kami yang banyak memberi ilmu kepda kami iaitu cikgu sukairi...

belah mlm pulak kami bersiap sedia untuk berkumpul ramai-ramai debgan sanak saudara belah ayah plak.. yang nie acara yang paling best sekali... best sangat-sangat...kat sini jugak aku dapat duit raya gak.. hehehehehe... 
aku xdpt nak cerita sgt coz best nya hanya lah yang lalui sahaja.. ini aku letak gambar-gambar suasana hari raya dengan keluarga mah uda..

keluarga hj uda

kaum adam



generasi kedua


kaum hawa.



my cousin batch 1987

sesi beri cedermata kepada pak dan mak sedara

suasana malam perjumpaan dengan family mah uda




ini hanya separuh saja.. banyak lagi yag hendak di ceritakan.. keseronokkan keluarga haji uda begitu terselah... kami bagaikan satu keluarga yang dicincang tidak akan putus.. semoga perhubungan ini akan berkekalan hingga akhir hayat... yahun depan berkumpul di rumah kami pulak.. insyaALLAH kalo panjang umur jumpa lagi tahun depan....

Selasa, 7 September 2010

Start Cuti RAyA

salam kasih buat pembaca... huhuhu skrg cuti untuk raya dah mula... aku pun kemas-kemas utk pulang ke kg... sebelum itu, aku pg jalan2 sekitar seksyen 7 untuk cari sedikit kerepek dan kuih untuk dibawa balik ke kampung halaman yang tercinta..... 

Pada hari sabtu, kak long datang ambik aku untuk dibawa pulang ke kampung.. huhuhuh sebelum pulang ke kampung aku, kak long dan abg ipar aku singgah sebentar ke Stadium Malawati shah alam..
huhuhu penat bukan kepalang.. bukan beli pun tapi berjalan je lebih... nak tercabut kaki aku.. huhuhu

dah siap shoping aku dapat beli 2 tudung + kasut dan baju muslimah.. baju raya aku jahit sendiri, aku beli time 31 Ogos ari 2... pas plak aku nak jahit baju pemberian budak umah aku dan budak umah andik... aku dah siap potong cume x jahit jer lagi coz tiba2 mesin jahit tepi x berape elok......

nnti dah siap aku akan letakkan baju hadiah pemberian my house dalam blog nie.. sebagai tanda penghargaan di atas pemberian diorg....


hehehe... lagi 3 ari jer lagi nak raya... sedih jugak rasanya nak meninggalkan puasa yang best... terlalu bnyak hikmah yang ader di bulan puasa nie... 

aper pun selamat hari raya dan maaf zahir batin dari aku..

wassalam...................

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Firman ALLAH s.w.t bermaksud

"Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang yang tentu makan minum dan berjalan di pasar-pasar, dan Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar (menghadapi ujian itu)? Dan (ingatlah) adalah Tuhanmu sentiasa Melihat (akan keadaan makhluk-makhlukNya)."-Surah Al-Furqan:ayat 20