CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Rabu, 30 Disember 2009

KenDuri KahWin

salam kasih ku...
huhuhu bulan 12 nie penuh dgn undgn majlis perkahwinan..
weeding of the year 2009 kg kg relong nie saper lagi iaitu kak cdah and abg long wady..
huhuh memang penat lah.. kat umah kak cdah kami xterasa sgt coz adik, cousin2 kak cdah dh dibahagi kan tugas utk melksnakn majlis itu, di sebelh pihak lelaki sy ,lia,wazi bertungs lumut menolg ikah, coz ikah nie kwn ktorg sejak kecik lagi.. mak dia pun mintak tlg... huhuh sernk gak...tapi pent gak...

kami ditugaskn utk bahagikn beg bunga telur..huhuh walaupun hujan tapi majlis perkahwinan kedua2 belah pihak tetap meriah sekali...


majlis akad nikah



 
team 87'


              di umh k.cdah



Selasa, 22 Disember 2009

Aku Bersyukur padaMu YA ALLAH

salam kasih ku wat tetamu yg sudi menjguk blog saya yg tidak seberape ini...

dah dua saya berperang dgn sistem UiTm.. hrm xtau nak salahkan siapa.. tapi saya bersyukur kerana ALLAH telah mempermudahkan urusan saya apabila proses pndaftrn group. walaupun x same kelas dgn kawan saya yg saya kenal mgkin ader hikmah nyer supaya saya blh bnyak communictd dgn org sekeliling..hehehe saya nie susah sikit nak berckp dgn org yg saya xknl..

saya bersyukur kerana ALLAH mempermudahkan kerja saya dgn satu persatu. ALHAMDULILLAH....
ALLAH S.W.T MAHA MENGETAHUI
DIA mengetahui apa yg akan berlaku pada esok hari..
bila ku munasabah diri nie...
aku menangis...
aku terharu bhwa ALLAH yg wat ku bahagia....
kerana ALLAH lah ku sedar betapa bnyaknyer  kesilapan yg telah ku lakukan
kerana ALLAH lah ku sedar yg ALLAH menyayangi ku...
coz kalo bukan kerana ALLAH lah saya dah jauh terpesong dari ladasan agama....

sungguh manis nyer hikmah yg ALLAH berikan kepada kita...
kita yg patut mencari kemanisan di sebalik kejadian yg telah di tentukan olehNYA..

cinta ku pada mu mula bertaut YA ALLAH...
cinta yg teragung... cinta kepada ALLAH dan RASULALLAH

ku mencari cinta yg cintanya kepada ALLAH.......







Selasa, 8 Disember 2009

12 Nov 2009

salam kepda semaunya.. hehehe ni sje je aku nak cerita tntg pengalam best masa hbis final paper sem 5.
mase nie dah hbis paper, merncg nak pg ke sunway nak mndi.. cdg nak main skit2 je air..last2mandi gak.. hehehe
best lah jgk,, first time pg.. mmg exsitd jugalah..
tapi bnyak jgk lah yg xsempat nak main coz hujan... hehehe leh main gitu2.. itupun penat.. kalo nak main semua xsempatkot.. yelah bnyak sgt permainan dia.. lagipun time 2 ramai gak.. ingat xramai...
nie saya selitkan beberape gambar dijadikan kenangan ktrg.. lain tahun pg lagi...





time nie exsited sgt tau....gambar dulu..klik!



 
posing dulu...






                      di atas jmbtn gantung...klik!




yg lain 2 ader tapi yg nie je dulu aku letak.. bnyak sgt.. tapi menyeronokan... hoorey...
salam kasih dan syg...._________ rose                        



Muhasabah diri

salam kasih salam syg..
hari dah masuk 2 hari badan aku xberape nak sihat... hrm tapi aku xleh lemah.. aku kena lawan sakit aku nie...
aku anggap demam nie hanyelah ujian dari ALLAH utk menguji kesbran seorg insan dlm menghadapi pelbagai ujian yg ALLAH berikan kepda hambanya..

sakit nielah juga aku bnyak muhasabah diriku tentang baik buruk perangaiku..
bnyknyer tntg keburukan lah... semua insan didunia ini tiada sempurnanya.. tapi ALLAH berikan juga kita kelebihan... insan sungguh ciptaan ALLAH ini kan, yelah walaupun manusia ini ader kelemahan tapi setiap org mempunyai kelebihan masing2... semua saling lengkap melengkapi...

bila saya pikirkan balik tentang diri saya nie, saya bnyak membuat kesilapan dlm kehidupan nie.. alhamdulillah saya amat bersyukur coz ALLAH telah memberi hidayah yg sangat besar pada diri saya ini, iaitu satu ujian, sebenarnyer ALLAH dah bagi bermcm ujian kpda saya, tapi maser itu belum ader keinsafan dlm diri ini,dgn ujian pertama ialah, ibuku telah pergi kerahmatulallah, tapi mase itu hanya seketika sahaja diriku nie insaf pas 2 buat balik, kedua arwah nenek ku telah pergi juga, tapi same juga diri ku nie tidak insaf2, dan akhirnya ALLAH telah mengatur kehidupan diriku ini, arwah hazam merangkap kwn baik ku pergi juga wat selama-lamanya... dan akhirnya aku insaf dari segala perbuatan ku...

dan akhirnya kehidupan ku berubah sedikit demi sedikt dgn pelbagai pertlgan dari kwn2 ku...
kalo dulu aku selalu salah kan diri aku yg tidak berguna tapi sekrg aper jua rintangan aku redha dan bersbr utk hadapinya... coz aku tahu ALLAH sentiasa ada disisiku....

aku amat bersyukur coz aku xjauh terpesong skrg aku masih berlajar lagi menuntut ilmu agama dan seimbangkn dengan ilmu duniawi jugak...
hati ku skrg lebih tenang dari dulu..
tiada hasat dengki dan cemburu or dendam... cume rase fobia itu masih menghatui diriku ini......


p/s: belilah buku don't be sad or jgn bersedih...
buku itu menarik dan bnyak membuat kita berfikir tntg diri kita ini..........


Khamis, 26 November 2009

Cinta

Cinta Kampus : Matlamat Halalkan Cara
www.iluvislam.com
Tuan Mohd Reza
Editor: RosNiza Abdullah



Matlamat salah cuba menghalalkan cara.

Melalui hidup sebagai remaja, hidup di universiti yang berjauhan daripada ibu bapa, sedikit sebanyak, tempiasnya akan terkena juga. Terlalu banyak dugaan dalam cinta siswa siswi dan tidak semudah kata-kata untuk memelihara diri. Kehidupan di kampus yang jauh daripada pengawasan keluarga menyebabkan diri mudah terpedaya dengan ajakan nafsu.

Bagi mereka yang sudah terjebak, bukan mudah untuk membuat keputusan yang rasional di saat emosi dan perasaan sedang berkecamuk. Kalau ambil keputusan untuk berpisah, adakah masih ada lelaki lain yang seperti dia? Kalau diteruskan hubungan ini, sanggupkah aku menanggung dosanya?

Tiada siapa yang akan menolong aku kalau bukan aku. Kekuatan itu mesti bangkit daripada dalaman diri sendiri. Jika niat itu sudah nekad, Allah Taala akan permudahkan jalan itu.

Inilah dunia sekarang yang penuh dengan kekeliruan dan jauh daripada penghayatan Islam sebenar. Masing-masing menggunakan agama sebagai pasport untuk membuat kebaikan daripada kaca mata mereka sendiri bukannya apa yang telah digariskan oleh Allah Taala dan Rasul.

Walaupun pada awalnya kita berniat hendak melakukan sesuatu yang baik, tapi mudah sungguh syaitan dan nafsu memesongkan niat suci itu dalam pelbagai cara yang cukup kreatif. Rasanya ramai remaja merasakan perlu kepada teman lelaki atau perempuan yang berlainan jantina merupakan satu ‘keperluan’ untuk rasa sempurna. Tempiasnya terkena juga kepada golongan remaja khususnya siswa dan siswi yang nampak komited pada kerja-kerja dakwah.

Sememangnya manusia lebih terdedah kepada kebaikan yang adakalanya mengaburi mata mereka, walhal perkara itulah sebenarnya yang mengundang malapetaka buat diri mereka sendiri. Begitu payahnya kita mahu membezakan perkara yang baik dan yang benar-benar baik. Apabila kita sudah terhantuk barulah kita baru terngandah itulah sebenarnya kesilapan.

Mereka tahu mereka hidup dalam dosa dan kesalahan, cuma yang penulis tidak faham bagaimana mereka boleh rasa sayang untuk lepaskan pasangan semata-mata mereka rasa dalam perhubungan mereka masih ada kebaikan, bersandarkan kepada sms tazkirah, suruh bangun tahajjud. Bagaimana mereka memandang dan menilai kebaikan?






MATLAMAT HALALKAN CARA

Penulis rasa gusar memandangkan beberapa kes yang banyak berlaku di kalangan mereka ingin membawa Islam, tetapi akhlak pergaulan muslimah dan muslimin tidak dijaga.

Hanya berbekalkan perkataan yang berbentuk perbincangan, jihad, tazkirah, dan mengejutkan untuk ber-tahajjud, sinonim dengan perbincangan berbau Islam mereka anggap hubungan mereka ini sudah diredhai walaupun hanya sekadar bertelefon, sms, e-mail dengan luahan perasaan cinta masing-masing.

Tambahan lagi pengaruh nasyid temporari kini yang hangat mengutarakan lagu cinta sesama muslim menjadi penghangat cinta bagi mereka yang menghalalkan cara.

Segala-galanya adalah mainan perasaan yang kerap melihat kebaikkan di dalam dosa itu, dan amat jarang bagi kita untuk bermuhasabah di atas kebaikkan-kebaikan yang kita sangkakan telah dilakukan. Memanglah alam remaja, teramat indah jika ada orang lain yang sentiasa caring ke atas kita, tetapi percayalah ianya hanyalah khayalan sementara kerana selepas hidup bersama barulah kita tahu kelemahan dan keburukan pasangan masing-masing.

Bila anak-anak sudah bertambah dan kesibukan hidup pun juga bertambah, hilanglah segala impian-impian dan angan-angan terdahulu.

Kepada adik-adik remaja, khususnya mereka yang di bangku menara gading, jauhilah maksiat ber-couple atau apa sahaja perlakuan mungkar kerana semuanya itu saling membuktikan kepada Allah Taala bahawa kalian berdua amat berani mendurhakai Allah Taala. Rumahtangga dibina bukan hanya atas cinta, tetapi juga pada saling mempercayai.

Jika Allah sudah diingkari, siapa lagikah yang boleh dijadikan tempat meletakkan kepercayaan? Dosa semalam akan pasti menjadi kecurigaan hari ini, esok dan selamanya.

Muhasabahlah kalian. 



HAYATI AJARAN ISLAM SEBENAR

Kita bincang pasal manusia, naluri manusia suka dicintai dan mencintai, hati pula kalau sentiasa senang akan menjadi bosan tapi kalau sentiasa susah hati akan menjadi rawan, nafsu adalah kelemahan manusia. Barang siapa berjaya menundukkan nafsu, martabatnya akan menyaingi malaikat, kalau ditundukkan oleh nafsu akan turun lebih rendah daripada binatang.

Memang susah merubah seorang musuh menjadi kawan, kemudian menjadi sahabat, memadamkan kemarahan hati dan merubah muka marah dengan senyum, memberi maaf kesalahan sehingga udara yang tadinya mendung menjadi terang benderang. Memang susah melakukan itu, dan ini hanyalah pekerjaan orang yang berhati waja, mempunyai kemahuan yang besar dan bercita-cita mulia.

Namun sedar atau tidak, takwa kepada Allah Taala adalah yang perlu ditekankan. Betapa beratnya balasannya andai kita tersilap langkah dan akhirnya terjerumus ke arah maksiat yang pastinya kita semua maklum tentang balasan Tuhan.

 وَٱلَّذِينَ جَـٰهَدُواْ فِينَا لَنَہۡدِيَنَّہُمۡ سُبُلَنَاۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ لَمَعَ ٱلۡمُحۡسِنِينَ

Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Dan orang yang berusaha (berjihad) dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama kami, sesungguhnya kami akan memimpin mereka ke jalan kami, dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya” al-Ankabut (29:69)

Usahlah berlengah lagi untuk berhijrah, andai sudah terdetik dalam hati bahawa perlakuan kalian buat ini adalah salah dan dilaknat Allah Taala, segeralah berhijrah kerana teramat khuatir andai hanya kali ini sahaja peringatan Allah Taala datang untuk menegur kita dan kita pula tidak mengendahkannya, kita akan terus hanyut dengan dosa kita sampai ke akhir hayat kita.

Perlakuan matlamat menghalalkan cara mengelabui mata.

Perintah itu wajib.

Berjihadlah dalam mencari cinta yang suci iaitu cinta selepas pernikahan. Mengapa mencari kaca andai telah dijanjikan permata, dan mengapa mencari api yang membakar kalau sudah dijanjikan salju dingin. Bersabarlah untuk sesuatu yang lebih manis pada masa akan datang.

Jika kita mencari redha Allah dengan kemarahan manusia, nescaya dicukupkan Allah dengan keredhaannya , jika kita mencari kemarahan Allah dengan keredhaan manusia nescaya Allah Taala serahkan kita kepada manusia.

Mua’dz ra berdoa sebelum kematiaannya: “Aku mencintai hidup hanya untuk tiga perkara iaitu untuk berpuasa di siang hari, untuk qiammullail di malam hari dan untuk berkumpul dengan para ulama”.

Carilah kesibukkan di antara terlopong masa dengan pekerjaan, daripada sesenang pekerjaan yang dikira ibadat yang boleh menghasilkan pahala. ameen............



*petikan ini saya ambik dari laman web iluvislam... sama2 kita muhasabah diri kita itu................




seorang hamba


Di dalam sujudku
Kau dengar tangisanku
Di dalam doaku
Kau dengar rintihku
Sepanjang hayatku
Kau lihat segala perbuatanku

Setiap perbuatanku
Kau catat segala dosa pahalaku

Di dalam khayalku
Kau datang mengingatiku
Di dalam kegagalanku
Kau datang memberi pertolongan-Mu
Di dalam kesedihanku
Ayat-Mu melantun ke halwa telingaku
Meleraikan lara jiwaku
Di dalam usahaku
Kau beri kejayaan-Mu
Di dalam kegembiraanku
Kau kurniakan nilai tawa padaku
Di dalam buntuku
Kau datang memberi Hidayah-Mu

Jika aku bukan Islam
Pasti tiada coretan ini di dalam hidupku
Kerana nikmat seorang Islam amat sukar dicoretkan oleh seorang kafir

                              
Aku tadah tanganku                                             
Ku bersyukur pada-Mu Ya Allah,

Hindarilah aku dari terpesong dari jalan-Mu

Kerana Kau Yang Maha Mengetahui
Kau lah sebaik-baik perancang
Maka tetapkanlah yang sebaik-baiknya buatku
Supaya dapat ku teruskan hayatku dengan penuh ketakwaan pada-Mu




Satu Pengorbanan

salam kasih syg ku kpd semua....
b4 2 aku ingin mengucapkan salam aidiladha kepda semua umat islam di seluruh dunia.......

aper yg ingin ku coretkan disini adalh satu pengorbanan....... pergorbanan x semstinya dgn wang ringgit or harta... pengorbanan boleh di wat pelbgi kaedh...
satu pengorbanan.........

bila aku ddk musahabah diri di tikar sembhyg.. aku muler sedih.. terlalu bnyak dosa yg aku lakukn...
aku berfikir aper aku taat dgn suruhannya???????

bila aku teringat kisah Nabi Ibrahim a.s dan anaknya........
aku sedih coz aku xambik iktibar dari kisah mereka..
kisah mereka adalah kisah dimana ALLAH s.w.t memerintah Nabi Ibrahim a.s menyembelih anaknya sendiri...bg sorng bapa yg sayangkn anknya maner mungkinkn.... tapi Nabi Ibrahim a.s tetap mengikut perintah ALLAH S.W.T meyembelih anknya Nabi Ismail a.s....Dgn Kuasa ALLAH Nabi Ismail bertukar menjadi seekor kibas...

dgn cerita ini kita dpt ambik pengajaran..... sebgai seorng hamba patut mengikut perintahnya.. aper yg berlaku adalah qada' dan qadar.. kadg2 aper yg terjadi adalah ujian dari ALLAH s.w.t utk kita menguji keimanan seorg insan itu...

aku bnyak berfikir....... aper yg terjadi pada diriku ini adalah ujian dari ALLAH s.w.t utk menguji diri ku ini.... aku bersyukur kehadrat ilahi coz ALLAH masih sygkan aku lagi........
aku rasa kalo aku xdpt ujian mcm nie aku dah jauh menyimpang....

salam pengorbanan dari ku.................
N.syieda





Rabu, 11 November 2009

Keputusan aku akhirnya

salam kasih wat semua... hehehehehe... bnyak menda aku nak coretkan didalam akunyer blog nie.. aper xnyer aku bz dgn exam.. dan akhirnya aku dapat gak coretkan segala isi hati ku ini dlam blog nie.. hahahahaha xde lah...


strt je aku nak exam mule lah kecoh suh wat pre -regstr... akhirnyer aku pun wat lah... mula dalam dilema gak lah.. mane xnyer same ader aku nak pilih commm or power... last2 aku daftar dulu coz aku tkt aku luper nak daftar.. mula2 aku daftar power utk major sem depan.. tapi aku xbrape yakin.. last2 aku wat solat istikarah...


dan akhirnyer aku bermimpi yg bercanggh dgn aper yg aku pilih... pas aku jwb paper comm 2.. aku pun pulng kg utk aku ambik MUET 09... hehehe aku duk kg n aku rehat2 aku tenangkan pikiran ku ini.. akhirnya aku pun dapat keputusan dan dapat mentafsir mimpi yg ku perolehi itu.. dan dgn keputusan yg tenang aku pun mengambil major commm sebagai major pilihan ku


 ini lah cita2 ku sebnrnyer... hahaha jgn xtau.. aku ader perancngan yg tinggi utk majukan malaysia ini.. aku nak jadikan malaysia sebagai negara yg paling maju dlam segi communication


mmg besar lah cita2 aku.. aku mmg suka mengkaji satelit2 nie.....


 k lah mmber aku nie bising dah.. yelah lancar sungguh aku menaip.. dia kater aku nie tulis report plak.. hahahaha... 


seeeeeeeeeeeeee  ya......... kuatkan hati tmbahkan iman di dada............ salam manis dan syg dari ku.........

AKHIRNYA

alhamdulillah aku bersyukur kehadrat ilahi coz akhirnya aku dapat menghabiskan peperiksaan akhir utk sem 5.. huhuhu alhamdulillah ALLAH s.w.t mempermudahkan segala urusan ku di waktu ini.. aku amat bersyukur...
la nie aku baru dapat update blog aku.. mane xnyer bz memanjang dgn exam... nak stdy.. huhuhu biasa lah lumrah kehidupan seorng studnt.. last2 minit baru nak stdy betul2... betul kan?????????


skrg aku tgh kebosanan.. boring gak kan.... duk umah je.. nak kuar mls.. hehehe biaselah aku.... sok jln2 dgn kwn2 b4 nak blik.. nie tiap2 kali hbis exam, mmg ktorg wat.. nak wat kenangn tiap kali hbs sem... sernk.. lg2 dapat kwn yg best n sportgh mcm budak2 nie......


aper pun.. aku nak ucapkan selamat bercuti kepada kwn2 ku yg akan bercuti n selamat pengantin baru kpda sape yg berkenaan n gud luck for sape yg nak habis n gud luck saper yg xhbis exam lagi.. semoga aper yg korg lakukan itu dgn nawaitu yg baik... salam manis n sayang dari . penulis blog ini lah....

Ahad, 25 Oktober 2009

hari yg best pg bangi

salam kawan2 ku... ari2 pas je test KJM aku pernah ckp kat member umah aku.. yg aku xnak pgng buku pelajarn selama 3 hari, coz aku nak rehat.. mmg ye pun aku xpggng... ari jumaat 2 pas je kelas aku dah jnji dgn ahli group aku nak belnje diorg coz berjaya wat project microP.. tahniah korng.... pas 2  aku tgk wayang plak,,, tgk papadom.. best giler... and aku mulalah update akunyer blog.. hahaha memeng aku xsentuh pun... sekali sekala aku baca novel yg aku baru beli.. pas 2 pg2 sbtu 2.. pas solat subuh aku strt dah bukak laptop.. cdng nak tgk2 je.. pas 2 wish birthday my cousin... pas 2.. syok chat dgn dia, apelg dia ajak aku pg umah akk dia... a.k.a cousin akulah dgn anak sedara aku, iaitu akak adah n sumayah... pg2 aku siap2 pg sn.. jnji dgn lia tunggu kat bank negara.. pglah siap... tguu train kat pdg jawa.. aisheman plak, train delay.. lama gak lah.. tnpa buang masa aku baca dulu novel aku...gile novel katakan...
dalam kul 930 barulah ada train.. naik lah sampailah ker bank negara...
pas 2 naik train ke seremban plak.. huhuhu penat gak, xpe janji sampai umah akak adah n sumayah...
smpai je mayah ambik ktorng.. pas mkn tghari, akk adah masak pulut dgn sardin.. best... pas 2 diorg ajk pergi pasar mlm.. aku borng habis.. kalolah aku kuar duit bnyak ari2.. aku rase semua kedai pasar mlm aku beli.. hahahahaha...tahan2 nafsu.. pas 2 akk adah perknalkn bakso.. mmg best lah...cume pedas sikit.. arini pas tgk cite melodi, diorg antar kitrg balik.. seronok.. thanks kepada akak adah and sumayah coz layanan istimewa korang.. nnti ader mase syida mai lgi... ok............

Sabtu, 24 Oktober 2009

PaPADom

salam manis wat semua......smlm selesai lah semua misi and perjuangan ku utk harungi semua kerja2 yg berlambak... . penat yg xterhingga... hahaha...ape yg ku leh wat.. usaha dan redha jelh.... aper2 pun nie lah pelajar.... ok, berbalik pada tajuk kita.. sbnrnyer aku nak komen pada citer papadom yg baru aku tgk smlm.. aku leh bagi dia 10 bintang bkn lima ye.. mmg best lah.. ada motif and bnyak jgklah yg nak dismpaikan... gud joob afdlin....
smlm aku kuar dgn mmbr aku utk meraikan kejayaan ktrg coz aku dah jnji kalo project jadi aku nak berlnje mkn piza... greet  kan..... ok lah sampai sni jelah aku nak describe coz aku nak siap2 diri ku nie...

Jumaat, 23 Oktober 2009

akhirnya.....

salam.. akhirnya aku dapat gak update blog aku yg dah berape minggu x update.....ape nye.. bz smcm je.. dgn project microP, test, project jepun g, presnt lagi.. mcm2 lah.. nie lah lumrah seorg pelajar...ape2 pun aku terima nie sbgai tugasan aku sebagai seorng pelajar engineering.. bermula kesibukan aku bila project microP aku xjadi2.. risau gak... tapi, berkat kejersama dlm group, sumbgan kwn2 aku, dan tolong2 menolong antara satu sama lain.. dan yg penting kesabaran 2 lah akhirnya sehari b4 nak presnt akhirnya jadi gak.. aku amat bersyukur bnyak2.. terima kasih aku kepada abg senior aku yg xjemu2 beri ilmu dan tun juk ajar kepada kami, iaitu wak, senior2 yg sudi ajar ktorg, MPP electric, kawan2, group rosly dan yg xterhingga aku ucapkan bnyak terima kasih kepada en ezril dan mis naimah yg xjemu2 ajar kami.. thanks q..... dlm minggu 2 lah aku dah lupe erti srpan pagi, tido kul 12 mlm, dan bgun pgi2, 2 aku tggl sekita bila menjelng nak presnt microP... pas je hbis project microP aku nak satelkan project jepun aku plak.. pnat project microP xhilang lg...kena wat project plak, ari 2 mintak kat sensei delay sikit.. huhuhuhuhu pas antar project jepun ada 2 test menanti... dan akhirnya mlm nie barulah aku dapat update blog aku.. hahahahaha.. ponat2...

pas 2 minggu depan start plak final exam utk sem nie.. mcm jap je aku bljar.. pjm jelik, pejam jelik dah habis... ape2 pun aku nak ucapkan gud luck kat semua kwn2 ku............

Sabtu, 10 Oktober 2009

KETIKA CINTA BERTASBIH

salam manis kekawan ku sekalian.. cuti raya nie barulah aku ada kesempatan utk hbskan baca buku ketika cinta bertasbih... sekarang movie dia tgh hagat kat indo..
ceritanye memang bagus lah.. aku bg  5 bintang... penulis dia adalah penulis buku ayat2 cinta... pada aku buku nie bgus coz ader unsur nasihat dan ilmu2 yg leh kita gunakan dimasa hadapan..
good job lah.
aper2 pun aku xrugi memiliki nya sendiri buku 2.. aku dah habis dua2 jilid buku 2.. 2 lah orng kater kalo dah dinamakn jodoh xkemana pun... cinta lah dgn orng lain, kalo ALLAH dah tentukan  jodoh kita dgn org lain, kita kena pasrah... jgn terlalu taksub dgn cinta manusia 2.. ia xkan kekal lame pun, cinta yg kekal lama adalah cinta kepada ALLAH s.w.t.. aku berckp nie, utk peringatn kepada aku dan juga kwn2 ku sekalian.....


salam manis dan ukhwah wat anda semua



buku episod satu

Hari- hari yg sangat gentir....

salam kasih wat semua.. hhuhuhu dah lamer aku x update blog nie.. biase lah saat mmc nie tgh dok bz wat project microP.  pas 2 bnyak test plak.. mmg gentir lah.. start dgn test microP pas 2 test com, test jepun, prestn kjm,prest project, project jepun, last sekali test qmt and kjm.. yg kelakar nyer,.... pas je test kjm, 25 aribln 11, first final paper adalh kjm.. hahahaha just gap 2 hari je... maknenyer  stdy package lah nie...

Sabtu, 26 September 2009

Ku Terpanggil

salam kawan-kawan ku... tiba-tiba hati ku terpanggil utk menulis article ini.. dia xdelah serius sgt...cuma tertanya2... mase ku menulis artcle ini, alhamdulillah aku masih sihat walafiat... menda nie dah almer terbuku kat hati ku... ku terpaksa luah kan jua,,,, hehehehe mcm serius kan?... xdelah serius sgt.. cume smaal the piecs je...

sebenarnyer aku tgh berlawan dgn perasaan hati ku.. mgkin org kate aku nie fobia, tapi aku bkn lah fobia cuma aku takut utk mengenali isi hati seseorng yg diri nya bergelar kaum adam...takut sgt...hahahaha bkn aper, aku xnak org mempermainkan aku g.. cukuplah aper yg diorg wat kat aku... mula2 aku mmg salahkan seratus peratus kat diorg..tapi bila aku pikir balik,aku munasabahkan diri di atas tikar sejadah, alhamdulillah aku dapat hikmah nya.. iaitu waktu skrg aku masih xlyk utk bercintan cintun...aku kena pikirkan masa depan aku.. aku percaya suatu hari kalo dah ditetapkan jodoh aku dgn seseorg, aku akan teruskan... heheeheheheh... bnyk menda lagi aku kena pelajari...


tapi yg aku harus tahu, tidak elok kalo bercouple sebelum kahwin, utk mengelak maksiat, aku harus lawan perasaan ku, aku harus ingat pada ALLAH S.W.T, supaya aku leh lawan nafsu itu...
aper pun yg terjadi dan aper yg berlaku dgn izin ALLAH itu adalah dugaan hidup aku, aku bersyukur kepadaNYA coz ALLAH masih sygkan aku, sbb itulah DIA, bg aku pelbagai dugaan hidup ini... kalo lah xde semua ini aku rasa aku dah hanyut terpesong lebih jauh..

aku harap, kwan2 rapat ku dan sahabat ku bantulah aku utk aku melakukan penghijraan terhadap diri ku ini...
bkn senang nak lakukan, dia mesti ada kekuatan dalam diri kita utk berjuang....

sebenarnya bkn ini yg ku nak ceritakan, sebenarnyer, kalo ko ikut perkembngan aku, korng tahu... dulu aku pernah post satu kisah yg aku minat kat mamat nie... hrm bila aku dah xberape suka kat dia, bkn aku xsuka tapi aku pikir sbb aku xlayak jerlah.. 2 yg aku undur diri... aku tgk dia baik, kuat pegangan agama... seorng yg rajin... dan bnyak lgilah... sbb 2 lah aku xlyk dgn dia.... sambung balik, bila aku dah xsuka kat dia, tiba2 dia datang... dulu masa aku gatai(hehehehe) aku jrg jumper dgn dia.. aku ingat sem nie aku nak jadi budak baiklah... tapi ALLAH je tahu perasaan aku.. dia dtg dalam hidupku lagi.. mcm ner nak tepis... aku takut biler dia perasan yg aku minat kat dia, dia benci kat aku... akunie kalo minat kat seseorng, dalam diam2 je.. hahahaha.. sbb 2 kalo jumper or selisih aku wat dono jer... aku mls nak ikutkan perasaan sgt tkut nnti terperasan plak... aku takut kalo aku tewas ....

Ya ALLAH, aku memohon, sekiranya dia adalah jodohku engkau berkatilah hubungn kami sekiranya itu bkn jodoh ku jauhilah dia dariku,



tapi sekarang aku masih xphm, ker aku yg salah paham.. hahahaaha..
aku harap aku xperasn(syok sendiri) hahahaha sebb tulah aku kuatkan diri ini utk melawan perasaan ku suka kat mamat 2... yg aku tahu lelaki yg baik utk perempuan baik, sbb 2 lah aku masih nak belajar... bnyak menda lagi aku kena tambah dalam diri aku ini.. doakan aku berubah seratus peratus......
amin...........


Hari raya

salam kasih pada pengunjung yg saya hormati.... mungkin coretan yg saya tulis ini dah hari yg keberape raya.. huhuhuhu biasa lah bz layan tetamu yg hadir... mula-mula saya ingin ucap selamat hari raya, maaf zahir batin kalo ader silap dan salah semasa saya menulis blog ini.
pada pg raya umah saya telah terang bedarang and kecoh dgn bunyi suara adik saya yg bongsu.. biasa lah exsited sgt.. hehehe mula2 sarapn pgi, pas 2 siap2 nak pg masjid... nak solat hari raya lah... pas 2 pg kubur arwah mak yg tersyg... AL-FATIHAH kepada bondaku AZIHAH BT MOHD DAHAN..
pas 2 balik jer org dah start dtg beraya.. mmg xcukup tgn melayan.. ramai jugak tahun ni yg berkunjung...hehehehe penat gak orbg dtg xputus2.. dtg plak sekali 7or 10 org dtg... penat-penat... samapi lah leh rehat dalam kol 2 ptg.. tup2 tgh rehat-rehat 2 ader plak mmber aku dtg ajak beraya.. pg lah siap2... hehehe beraya lah ktorg.. biasalah ini sebnrnyer tradisi dari kecik lagi.. jalan raya dgn budak same umur.. mmg member aku dari kecik sampai la nie.. mcm ner lah kalo dah kawin nnti kan??? wat lg x tradisi ini... seronok lah dari rumah kerumah kami kunjungi... best lah.... sampai lah dalam kol 630 ptg 2 kami pun pulang ke rumah masing-masing.. aper2 pun korng mmg best and sporting... hehehehe
malam plak ada acara yg ditunggu2 setiap tahun.. acara ini dibuat oleh waris Hj Uda sendiri.. berkumpul ramai2... best2.. suasana yg paling best setiap tahun.. mula2 tunggu semua sampai, pas 2 start dgn tahlil dulu, utk semua saudara mara yg telah pergi kerahmatulallah...AL-FATIHAH di ucapkan yg telah pergi....kemudian acara dimulakan dgn ucapan tn umah, thn ini umah pakcik aku yg bongsu.. hehehe umah baru...pas 2, acara slide show.. mula2 slide nyer mmg best kelakar... akhir slide 2 slide yg sedih.. hehehehe biasa lah sedih kan tgk slide 2... pas 2 plak mkn dulu and pas 2 bg duit raye.. nie lah yg paling best... coz saper yg dah kejer kena bg duit raye kat org yg masih belajar n budak kecik.. kalo gitu saya nak belajar sampai ketua... hehehehe leh dapat duit raye lagi... thanks q kat makcik,pakcik,abg2 cousin,kakak2 cousin, abg ku,akk ipar ku,kakak2 ku, and ang ipar ku... thanks coz beri duit raya kat syieda....
pas 2 acara salam-salaman.. heheheheh n last sekali acara pertunjukan bunga api.. yg nie best giler... habis jer acara ni kami cousin ank dara main bunga api plak.. mmg xtau malu.. kalah dgn ank2 sedara...heheheheheheheh.. aper2 pun tahun nie raya mmg best gak... seronok gak.. tahun nie xgambar family coz ramai yg xdpt blik beraya bersama... kepada azi sepupu ku tahniah dapat cahaya mata...


 
 duit raya yg ku dapat

 
my cousin yg baik


Khamis, 17 September 2009

Mana Satu PiliHan Hati....

ombaklaut menulis: Saya bertanya kepada emak, “mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? ”

Mak jawab, “dua-dua bukan..”

Saya tercengang.. Mak mengukir senyuman.

“Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah..” Saya menarik nafas dalam-dalam.

“Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?” Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya. “Yang paling tahu hanya Allah..” mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. “Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. ” mak menyusun ayat-ayatnya. “Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu..”

Saya memintas, “Tak faham..”


Mak menyambung “Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah..” Mak menyambung lagi, “begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..” Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung “Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..Persoalannya ialah..
Siapakah jodohnya itu?” mak berhenti seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.


Secret Admire

“Kakak, mak dulu masa remaja ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat ..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur... Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh. . Lama budak tu tunggu mak..
Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu.” Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

“Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?” saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. “Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu..
Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak..” mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya.
Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

“Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung.
Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya..”
emak melemparkan pandangan ke lantai. “Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan..” sambung emak. Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya.
Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.

“Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak..” mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.


Adakah ia suatu diskriminasi?

“Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin... Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..” Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, “Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguh nya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnyam hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia.
Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.

Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya.
Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya.” emak berhenti seketika..


Bukan luar biasa

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini.
“Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa..Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang..
Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata. .


“Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. ”


Redha

“Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci.
Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. ” Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.


Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat.
“Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara..” Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.


Renung-renungkan dan selamat beramal...

"The Beauty of Life does not depend on how happy you are. But how happy others can be. Because of You!!!.."

from: Tmn2Syurga






p/s:sy ambik pertkn ini co utk jadikan pandua jika suatu hari kalo berlaku dkt saya........

artcle ini di ambil dari laman web www.ukhwah.com.

Rabu, 16 September 2009

SeLaMAT HaRi RaYA

salam... hehehe time aku tulis warkah nie....mase nie lagi beberape hari nak raya.. memang sedih gak lah.. orang lain dah blik raya.. aku... hrmm ader lagi kat shah alam nie....huhuhu.. sempena bulan yg baik hari yg baik, saya nak mengucapkan selamat hari raya maaf zahir batin.. dari saya dan keluarga saya....

Khamis, 10 September 2009

Kunci kehebatan diri Anda

Ketahui di mana pusat kehebatan anda.
Satu rahsia yang dibongkarkan.
Mesti baca!
Sumber utama JANAKUASA KEHEBATAN ANDA!!!!

Setiap dari kita sentiasa mencari-cari di mana terletak kekuatan diri.

Sebagai bandingan sesuatu peralatan elektrik atau mesin ada yang meghidupkannya. Iaitu suis atau starter . Dengan memetik suis ,lampu akan bernyala dan enjin akan dihidupkan.

Di mana terletaknya suis bagi kuasa kehebatan manusia. Ia adalah di HATI SANUBARI setiap orang. Sumber kuasa utama adalah di hati. Keyakinan, kepercayaan dan keimanan seseorang adalah terletak di hati.Maka hatilah suis yang akan menjana kehebatan manusia.

Petik sahaja suis di hati anda, tentang apa sahaja keinginan anda . Maka segala tenaga dari setiap getaran sel yang berputar lawan jam iaitu 100 000 km per saat dari diri kita akan pantas menuju kepada kehendak yang membara di hati seseorang.

Setelah suis dah dipetik ia akan menghasilkan tenaga yang maha hebat. Suis ini bermula dengan niat yang dibentuk dalam diri seseorang. Niat adalah seperti tangan yang memetik suis tersebut.

Bagaimana untuk memastikan tenaga ini berkekalan supaya apa yang diniatkan (MATLAMAT) dapat dicapai?

Ianya adalah melalui ikrar yang diulang-ulang pada setiap hari. Kaedah ini telah diamalkan sewaktu kita menunaikan sembahyang 5 waktu. Iaitu semasa doa iftitah kita sering menyebut


Sesungguhnya solatku, ibadahku, Hidupku dan matiku kerana Allah
Tuhan seluruh semesta alam.

Janji ikrar ini sentiasa kita perbaharui setiap solat 5 waktu sehari semalam. Begitu indah sekali ajaran Islam yang mengajar kita untuk mencapai setiap kejayaan perlu ada JANJI DIRI untuk memastikan kekuatan rohani bagi mencapai sesuatu matlamat.

Jadi apa sahaja keinginan anda selagi tidak melanggar syarak, maka pastikan anda sentiasa melafazkan ikrar untuk mencetuskan tenaga maha hebat yang dibekalkan dalam diri anda. Janji diri akan melahirkan kekuatan dan kemantapan hati yang menjadikan anda lebih TABAH (persistence) dalam menempuh apa jua rintangan.

Misalnya anda ingin menjadi seorang penceramah yang hebat maka sentiasa ulangkan perkataan ” Saya janji akan pastikan diri saya akan menjadi penceramah nombor satu di Malaysia” katakan dengan tegas dan sepenuh jiwa raga dan sentiasa diulang-ulangkan paling kurang 5 kali sehari. InsyaAllah , saya amat yakin anda akan berjaya.

di petik dari artikel iluv islam

Nuzul Quran dan Lailatul Qadr

nie petikan yg ku ambil dari laman web www.iluvislam.com.. baca lah..


Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.


Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)



Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran


Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.

Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT

Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)


Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.


Panduan

Dari maklumat serba sedikit di atas tadi sebenarnya banyak boleh dijadikan panduan kepada umat Islam seluruhnya. Antara panduan berkenaan ialah seperti:

1. Tidak ada perkara yang tidak terdapat dalam al-Quran

2. Ayat pertama diturunkan ialah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ dan Tuhan mengajarkan manusia melalui perantaraan Pena dan Tulisan.

3. Kelemahan umat Nabi Muhammad beribadat maka dianugerahkan satu masa yang apabila kita mendapatkannya kita akan digandakan pahala melebihi seribu bulan.


Apabila disebutkan bahawa tidak ada perkara yang tidak terdapat di dalam al-Quran itu maka ianya memberikan makna bahawa segala ilmu pengetahuan yang merangkumi fardu ‘ain dan fardu kifayah dalam segenap aspek kehidupan merangkumi ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, sains dan teknologi dan lain-lain, segalanya terdapat dalam al-Quran. Tafsiran, kupasan analisa dan penyelidikan membolehkan umat Islam maju mendahului umat-umat lain di dunia ini.

Manakala penurunan al-Quran pula didahului dengan suatu kalimah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ di mana membaca adalah kunci kepada penerokaan ilmu. Selepas itu pula Allah mengiringi dengan ayat yang bermaksud; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” Keadaan ini menguatkan lagi bahawa pembacaan dan penulisan itu menjadi antara perkara yang paling penting dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Di mana sebagaimana diketahui umum melalui satu ungkapan bahawa: “ilmu pengetahuan dan teknologi itu adalah kuasa”.

Perkara ketiga ialah hikmah dari anugerah malam al-qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW sebagai umat akhir zaman. Mengetahui kelemahan umat Islam akhir zaman ini dalam beribadah maka dianugerahkan satu peluang di mana ibadah yang dilaksanakan pada malam itu digandakan sehingga 1000 bulan. Bermakna kiranya kita dapat melaksanakan ibadah dengan penuh keimanan di 10 akhir Ramadhan, kita akan berpeluang mendapat malam al-Qadar. Ini akan menjadikan kita seolah-olah beramal ibadah selama 1000 bulan iaitu sekitar 83 tahun. Menjadikan kita seolah-olahnya menghabiskan seluruh hidup kita dan usia kita dalam ibadah.

Mencari Malam Al-Qadar


Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam al-qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam al-qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan.

Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Dengan beribadah di sepuluh malam terakhir itu, mudah-mudahan akan dapat menemuinya sebagai bekalan kehidupan akhirat.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya marilah kita sama-sama menghayati nuzul al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah.

Sekarang bolehlah kita panjangkan ‘membaca’ al-Quran itu kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan-penulisan yang akhirnya memajukan dunia ini dan khasnya memajukan umat Islam dan seterusnya mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan. Umat Islam juga perlu mempertingkatkan amal ibadah terutamanya mengejar anugerah Tuhan yang tidak terhingga kepada umat Islam akhir zaman. Beribadah di 10 akhir Ramadhan memberikan kita peluang keemasan ganjaran pahala seolah-olah beribadah sepanjang hidup kita iaitu 1000 bulan (sekitar 83 tahun).

Ahad, 6 September 2009

maner lebih penting??

salam.. hrm entah tiba2 aku terpanggil utk tulis blog pade pg yg hening nie... tajuk dia memang best... kawan or kekasih yg lebih penting??? bkn aper coz aku dah bnyak terasa dgn kwn2 aku hal nie...bkn aper, aku tgk kwn2 aku bnyak berubah bila dh ader pakwe or makwe.. bkn aku jeles pun.. aku nak jeles?? kirim salam lah.. coz aku jgk pernah bercouple... tapi xdelah seteruk kwn2 aku nie... bkn aku nak kutuk kwn aku sendiri tapi xteragak2.. nnti aku gaduh dg pakwe cari saper??? bkn ker kwn baik jgk dia cari?? see.. mgkin pada diorg kekasih adalah lebih penting coz diaorg cinta kat pakwe diaorg.. hehehehehe.. kdg aku heran, diorg kalo gaduh mesti wat keje bodoh 2.. cth nyer nak bunuh diri lah, xnak mkn lah, mndi berjam2 lah... bodoh... seksa badan sendiri, padahal pakwe korng xde sakit pun... cubelah gaduh 2 pikir dulu sebelum wat... aper2 pun jgn taksub sgt dgn bercinta nie... bercinta dgn manusia xkan kekal maner pun.. cinta lah dgn ALLAH s.w.t coz cinta 2 lah yg kekal.....cinta hakiki...n aku tgk kwn2 aku sekarg bnyak habiskan masa dgn pakwe, sdgkan kwn penting gak... pikir2 lah ye wahai kawan2ku yg bercinta ini...

Rabu, 2 September 2009

31 0gos


salam semua.. sebelum itu aku nak ucap selamat meyambut hari kemerdekaan yg ke 52 tahun.. tema kali ini adalah satu malaysia,.. tahun ini memang sambutan merdeka dia xsemeriah tahun2 lepas coz nak hormat bln pose... tapi bg aku tahun nie lebih bermakne dari tahun2 lepas coz tahun nielah aku kesempatan sambut birthday aku kat umah aku.. dah 4 tahun aku xsmbut dgn family aku.. walaupun tiada kek tahun nie, tapi lebih bermakne coz smbut dg org yg tersyg.. hehehehehe mmg sernk lah...lepas 2 aku pulang ke umah sewa aku ada kejutan walaupun pelbgai rintangan aku nak blik ke shah alam.mcm yg terjadi, dgn jem nyer, dgn berbuka kat lrt nyer n sebgainya.. akhirya aku smpai kat umah, aku dpat bear biru yg cntik dri sahabat aku iaitu kue,dc n ida.. thanks.. aku ingat 2 je.. tapi mala pun kasi gak... thanks korng semua... bgi aku korng wish birthday aku pun dah cukup makne bgi aku tau... kornglah sahabat dunia n akhirat.... thanks all my friend...
hadiah2 yg kwn2ku kasi....



AL-Quran digital

lama benar aku x tulis blog ni.. huhuhuhu mmg bz memanjang je time pose nie... akhir nyer pada rabu minggu lepas aku dapat gak beli al-quran digital utk ayah aku.. mmg penatlah.. cdg nak beli yg murah sikit tapi tgk dia nyer function xok.. so belilah mahal sikit jnji tahan lama.. waranty dia mcm waranty kereta tau...5 tahun...hehehe aku tgk ayah aku mcm suka je.. alhamdulillah.. suatu hari kalo aku pnjg umur aku pun nak beli satu gak.. best leh hafal tau ayat quran 2.... moga2 ayah aku suka... nie dia quran digital yg aku beli utk ayah aku...




Sabtu, 22 Ogos 2009

Rindu KU pada KeLUarGA

my beloved family

salam.. b4 2 aku nak ucap selamat berpuase kepda semua umat islam di seluruh dunia...


sedih aku bila tgk ramai kwn2 aku balik kg coz nak berbuka n sahur bersama keluarga mereka.... ape xsedih aku xleh balik coz aku ada common test.. biler tahu 2 mmg frust menongeng lah.. tapi aku redha.... entah aku rindu kan keluarga kau.. last aku balik ari 2.. mase midsem.. tapi time 2 xleh wat aper sgt coz time 2 aku xberape sihat..... aku cdng nak balik time hari merdeka... aku nak sambut dgn family aku plak.. dah berpe thun aku xsmbut dgn mereka.. rindu aku pada mereka membuak2... paetang tadi aku rase nak nangis je.. mane xnyer..akk aku tepon aku... sedih lah coz aku sorng xde kat umah 2....aku harap2 minggu depan leh lah aku balik kg mkn sama dgn family aku... aku indu masakan kg...lidah aku nie rase nak makn maskn kat umah 2 je.... aku doakan semoga keluarga aku dalam keadaan sihat walafiat.....amin............

ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI SEGALANYA

salam..ari nie adalah 1 ramadhan.. bile ku berpikir, tiba-tiba pikiran ku mengimbau kembali kenangan2 yg laju.. paling latest adalah tahun lepas..tarikh ini adalah tarikh sehari aku melawat kawan baik ku yg sakit.. bila aku berfikir kembali setiap2 kejadian yg berlaku dalam masa setahun.. aku amat bersyukur kepada ALLAH coz DIA yg memberi hidayah yg tidak ternilai pada ku.. aku akan berkongsi cerita ini utk teladan kawan2 ku..
bermulalah dgn kisah ku putuskan hbgan couple ku dgn pakwe ku pada awal bln 4.. mase 2 seminggu nak final exam final sem... mula2 sedih tapi bila aku pikir balik... aku kena teruskan hidup ku.. mase 2 aku doakan dia bahagia dgn awek baru dia... beberape lama selapas 2.. pas aku dah hbis menduduki peperiksaan.. dia contct aku balik.. bila pikir balik rase kesian.. tapi nnti kalo aku layan, awek baru dia marah kat aku.. bnyak jugak lah rintangan yg berlaku waktu ni.. akhir sekali aku just berkawan je dgn dia.. aku xnak sakitkan hati perempuan 2.. coz aku pun perempuan so aku tahu perasaan perempuan bila dirampas...
dan masa 3 hari b4 aku nak masuk U. kebetulan aku jumpa dia kat kolej lama.. kat situlah kami jumpe n last perjumpaan kami pun disana.. bnyak gile kenangan pahit manis aku kat kolej 2..
semasa aku di U.. bnyak perubahan yg telah dia wat.. bnyak sgt.. dia kata dia nak tebus segala kesilapan dia wat kat aku.. aku terima dia dgn ikhlas... dia lah kwn baik yg aku pernah jumpa.. susah senang bersama..tapi awal pose aku dapati dia sakit.. dia koma selama 22 hari di hospital melaka.. dan pada 19 ramadhan tahun lalu dia hembuskan nafas terakhir....
pada mulanya aku memang xkuat utk hadapi segala dugaan yg ALLAH berikan kepada ku..
tapi bila aku munasabahkan diri di atas sejadah akhirnya aku temui segala hikmah yang terjadi setiap kejadian 2.. aku amat bersyukur kehadrat ilahi kerana aku telah terpilih oleh-NYA...
sekarang aku menjalani kehidupan aku yg lebih baik dari tahun lepas.. aku lebih semagat utk teruskan hidup aku nie yg ALLAH berikan utk aku.. aku akan jadikan ramadhan tahun ini ramadhan yg terbaik dari tahun2 sebelum ini............

dan akhir sekali aku nak ucap ribuan terima kasih kepada family,kwn2 ku yg telah bnyak membantu aku dalam aku kesusahan.. thanks all..........................

Jumaat, 21 Ogos 2009

kasihku Pada RAmadhan

Ramadhan yang penuh makrifat
Ramadhan ditunggu-tunggu
kembali menjengah hati setiap Muslim
memekarkan keberkatan dan kebesaran
Yang Maha Kuasa

Ramadhan yang menyejukkan hatiku
yang melembutkan kerasku
yang mendamaikan gelodak rasaku
yang menghilangkan amarahku
yang menghadiahkan penghargaanku
buat insan-insan tersayang
yang menambahkan cinta kasihku
pada Yang Satu

Ramadhan
syarul Syiam
berikan aku kekuatan akal, fizikal, hati dan iman
jauhkan aku daripada perkara yang dikeji
yang mengurangkan keberkatan
ya Mutakkabir

Ramadhan
syarul Qiyam
malam-malammu malam terindah dalam hidup
malam-malam yg penuh ibadah
malam-malam yang penuh berkat
lalu,
haruskah aku membiarkan malam-malammu berlalu sepi
tanpa sujud syukurku pada
Ar-Rahman
Ar-Rahim

Ramadhan
syarul Quran
bait-baitmu adalah puisi agung
yang menyuntik penawar terbaik buat hati dan jiwaku
patah perkataanmu adalah keajaiban
adalah mukjizat dengan nikmat yang tertinggi
yang menjadi peganganku
penunjuk arah dalam langkah perjalananku
yang menyalurkan kasih suciku buat Yang Maha Agung

Ramadhan
syarul Tarbiyah
hari-harimu adalah satu didikan buatku
yang menundukkan egoku
yang menghilangkan rasa dendamku
yang menjernihkan segala keruh dihatiku
yang memupuk keinginanku menghayati sifat kekasih Allah
yang mulia disisi-Nya

Ramadhan
syarul Jihad
pada setiap langkahku
setiap degup nafasku
setiap denyut nadiku
setiap detik ingatanku

Islam
adalah matahari bagi hatiku
bulan bagi jiwaku
bintang bagi mataku

Ramadhan
perjuanganku menggapai solehah baru bermula
pertemukan aku pada ketibaan-ketibaanmu yang akan datang
rasa rindu dan kasih ini akan selalu mengiringiku sepanjang waktu
selama mana nafas masih menjadi milikku

YA ALLAH
sesungguhnya Engkau tahu setiap bait puisi hatiku

Selasa, 18 Ogos 2009

salam kepada semua.... time kelas microP. aku telah baca satu article yg paling best... aku ambik aktcle nie kat web LUV ISLAM
Kadang-kala, di dalam perjalanan hidup yang berliku mengejar cita-cita, ada sahaja halangan dan dugaan yang mendatang. Diri mula terasa lemah, jiwa mula terasa gelisah, hati tidak tenang, fikiran menjadi tidak tentu arah. Namun, itu semua harus dilalui, kerana matlamat akhir, iaitu kejayaan yang ingin dimiliki. Diri ditarbiah, dimotivasikan untuk mendapatkan kembali semangat baru untuk bergerak maju ke hadapan tanpa menoleh ke belakang. Kegagalan silam dijadikan kunci kejayaan yang mendatang. Tetapi, mampukah semangat ini terus dinyalakan di dalam diri? Agar tidak padam seperti dahulu tatkala diri ditimpa dugaan sekali lagi.Ingatlah, jangan sesekali berputus asa. Jangan sesekali mensabotaj diri sendiri dengan mengatakan bahawa diri tidak mampu mengharungi dugaan-dugaan itu. Ingatlah, Allah S.W.T. tidak menurunkan sesuatu dugaan itu kepada hamba-hambanya jika hamba-hambanya tidak mampu menghadapinya. Antara salah satu kaedah atau tindakan yang boleh diambil untuk terus menyemarakkan api perjuangan di dalam diri adalah, dengan menjadi seorang insan yang istiqamah. “Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan Tuhan kami adalah Allah, kemudian,mereka tetap istiqamah, maka tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tiada (pula) berduka cita.” ( Surah Al-Ahqaaf: 13) Latih diri dalam menjadi seorang yang insan yang istiqamah dalam apa jua pekerjaan yang dilakukan. Kenali diri, sayangi diri, dan letakkan matlamat jangka panjang. Antara cara-cara yang boleh dipraktikkan untuk menjadikan diri seorang insan yang istiqamah dan secara tidak langsung, lebih berjaya dan disayangi yang Maha Esa adalah:
1) Menjaga hubungan dengan Allah S.W.T Jagalah ibadat-ibadat wajib dan seelok-eloknya, perbanyakkanlah ibadat-ibadat sunat.
2) Masukkan matlamat di dalam doa Mohonlah kepada Allah, sesungguhnya Dia Maha Mendengar.
3) Mulakanlah pekerjaan dengan berdoaBagi yang masih belajar, mulakan belajar dengan berdoa dan seelok-eloknya, duduk menghadap ke arah kiblat.
4) Berterusan dalam mencari ilmuHal ini kerana, ianya dapat memberi semangat kepada diri untuk terus berusaha.
5) Amalkanlah perkara-perkara yang dapat menarik hidayah Allah S.W.TContohnya, solat berjemaah, membaca Al-Quran dan saling memaafkan sertakasih-mengasihi sesama manusia. 6) Kenali diriUbah sikap-sikap yang negatif kepada positif.
7) Menolong insan lain untuk berjayaInsyaAllah, Allah akan pula menolong kita untuk berjaya. Allah akan menolong hamba-hambanya selagi mana hamba-hambanya menolong antara satu sama lain.
8) Iklankan matlamatTampal atau tulis matlamat tersebut dipapan kenyataan tempat belajar kita, agar dapat dibaca selalu, seterusnya dapat mengingatkan diri dan memberi semangat untuk kita terus berusaha untuk mencapai matlamat tersebut.
Allah sayang akan hamba-hambanya yang istiqamah di dalam pekerjaan. Janganlah berputus asa dengan rahmat Allah. “ Katakanlah, hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah..” (Surah Al-Zumar:53) Berusaha sebaik mungkin dan kemudian bertawakallah kepada-Nya. Istiqamah dalam pekerjaan dan berjuanglah selagi masih ada peluang yang diberikan. Kuatkan semangat. Apa yang penting adalah usaha dan tawakal, insyaAllah kejayaan yang dicari-cari selama ini mampu dimiliki.

Isnin, 17 Ogos 2009

salam ramadhan

salam.. xlame lagi dlm beberape ari umat islam seluruh dunia akan sambut bulan yg mulia. iaitu blan ramadhan..blan yg penuh keberkatan... harap2 tahun nie lebih bermakna pose dari tahun lepas.. yg lepas dijadikan iktibar.. semoga kenangan di bln pose tahun lepas akan menjadi ingatan.. Aku telah temui segala hikmah yg berlaku pada tahun lepas.. Aku amat bersyukur kehadrat ilahi atas dugaan yg telah Engkau berikan kpde ku...
aper2 pun tahun ini akan lebih baik dari tahun2 sebelum nya... Jadikan ramadhan tahun ini ramadhan yg terakhir wat kita...

SALAM RAMADHAN WAT PEMBACA BLOG NIE.....

Selasa, 11 Ogos 2009

tournement bowling padang

pasukan wanita

pasukan lelaki jadi johan

pasukan lelaki


salam.. huhuuhu lama aku xtulis blog nie kan.. yelah coz aku bz dgn tournmtn yg berlangsung pada 7/8-9/8...
kami pasukan FKE tlah bertnding pada 8/8 2.. lelaki n wanita.. first game kami menang.. n second game kalah dgn FSR.. n kami layak gak masuk suku akhir..

nie adalah result perlawanan kami





WANITA
FKE -FSTP = 14-7
FKE-FSR = 6-40
FKE-FPP = 15-06



LELAKI
FKE-FEDU -menang lah
FKE-FKM-menang
FKE- FAC-menang
FKE-FUU -menang
FKE-FKA-menang


sorylah aku xtau berpe mate coz aku lupe.. yg penting LELAKI johan dalam bowling padang SAF 09.. Taniah diucapkan... mlm 2 plak ktorg selebrte.. maneger kami blnje.. thanks piah

pasukan bowling padang


















Jumaat, 7 Ogos 2009

Kemaafan buat kawan-kawanku

salam n selamat pagi..

huhuhu pada 8 ogos 2009 bersamaan hari sabtu akan berlangsung tournement bowling padang... hehehe aku masuk SAF.. wakil kejuruteraan elektrik lah.. tapi walaupun hatiku gembira ttpi kau masih serba salah lagi.. hehehehehe kalo korg nak tau.. ari tournement 2 jatuh pada hari last ktorg wat modul.. memang sedih lah... kitrg xdpt ikut modul 2 n ktorg kena repeat modul 3.. memang sedih lah..tapi nak wat mcm ne..hari2 aku serba salah... aku rasa bersalah kat kwn2 aku bcoz aku yg ajak diorg menyertai tournement 2.. kepada kawan2 ku yg terlibat dalam tournement 2 aku minta maaf bnyak2.. aku xsangka leh jadi mcm nie....

Rabu, 29 Julai 2009

PatUt Ke????????

salam... kawan2 ku sekalian n pembaca yg dihormati....
aku nie ade satu maslh... entah lah mgkin sebb krisis antara ex housemate aku dgn aku n housemate aku....ader satu hari , tn umah baru aku nie tepon... n dia berckp dgn housemate aku... tn umah aku nie cerita lah yg ade seorg ibu kepada salah sorg ex-housemate aku nie mengadu n minta deposit umah blik kepda tn umah ktorg...dia wat alasan yg anak dia pindah adalah disebbkan bilik bocor(tapi sebnrnyer xbocor pun).. so tn umah nie tnyer lah kat housemate aku.. adekah umah xelok... housemate aku bgtau yg umah ok je.. n naper en tnyer mcm 2... tn umah 2 cerita lah hal sebnrnyer kpde housemate aku.. aper lgi dapat je tau sape pnyer angkarn housemate aku nie mengamuk lah.. dia mrh sebb ex housemate aku nie cerita xbetul kat mak dia... 2 yg dia mengamuk n then mak dia mintk duit deposit 350 rgt.. mne leh.. coz ktorg ader agrmnt n dalam mase setahun ktorg xleh kuar dari rumah 2 kalo xde aper2 yg rosak... tapi masalahnyer ex-housemate aku nie dah dikira menlanggr argmnt 2....dah plak 2 dia yg tnda tgn surat argmnt 2.. patut ke dia dapat duit deposit??? lagipun dia xcri penggnti pun...
n mlm 2 aku siko lah dia.. last2 aku terkate mcm2 kat dia... bkn niat aku tapi mase 2 aku mrh sgt... coz dia ckp terbelit2.. n aku terantar msj yg aku nak laga2 kn dia n kwn dia.. tapi aku xde niat pun mcm 2... mase 2 kwn aku suruh taip, aku pun taip.. tapi hati nie kate xbaik wat mcm 2....mcm mane nie??? xbaik kan aku wat org mcm 2.. walau aper pun org wat kite tapi kita jgn bls balik kan... kalo dua org ex housemate aku bace nie... aku mintak maaf lah kat korg...
aku xde niat nak wat mcm nie.... aku selalu doa supaya ati mereka terbuka utk memaafkan aku nie b4 aku menghembus nafas yg terakhir............................................................................

Adus.......... Bnyak bagt keje......

salam... huhuhuhuh nie yg xbest cuti on the spot nie.. aper x nyer... kejer berlmbak2 nk kena siapkn.. test plak menanti pas midsem nie... aduhai.... mcm ne nie????
Report lab ngak siap g,note com blum satel lg... KJM pun same.... mcm ner nie????????????
nielah ase duduk umah kat kg jdi mls nak wat semua nie.... nak relak je... biaselah kalo dah kate cuti nmpak gaye mmg cutilah.... hahahaha... Ok syida can do it.... SYIDA BOLEH, MALAYSIA BOLEH.. mula lah aku mengarut nie.... hahahahahahaha

Selasa, 28 Julai 2009

Hati TerUsik LAGi

salam... nie lah aku, bile aku duk sorg, mula lah, hati aku mula lah nak nagis je... nape ek... sbb aku suka pendam masalah aku kot... entah sejak si dia dah xde dlm dunia nie, aku bnyak simpan rahsia sorg2... entah... xmcm dulu... aku sedar diri ni hipokrit tapi aku xsuka tunjuk muka sedih aku kat kwn2 n sahabat aku... mesti diorg tnye ape mslh aku...so aku selalu wat happy walaupun hati nie pedih teramat sgt.. hanya ALLAH saja yg tau...........

sory kawan2 ku.. bkn niat aku nak tipu tapi ati aku nie xsmpai ati tgk korg pikir n tanggung masalh aku.. aku nie nmpk je mcm ni tapi ati aku lembut...

korg lah kawan aku dunia n akhirat...
thanks kawan2 aku sekalian....................

tapi utk pengetahuan korg ati aku selalu tertanya nape ek aku selalu di permainkan????

aku xpernah mainkan perasaan org....

aku dah serik.......... aku xnak dipermainkan utk kali kedua.........
jgn salah kn aku kalo suatu ari aku xsuka dgn pragai kaum adam...

now aku nak pikir pasal cita-cita aku....
pasal jodoh 2 biarlah ALLAH yg menentukan......................

doakan saja aku dapat yg elok2.............................

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Firman ALLAH s.w.t bermaksud

"Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang yang tentu makan minum dan berjalan di pasar-pasar, dan Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar (menghadapi ujian itu)? Dan (ingatlah) adalah Tuhanmu sentiasa Melihat (akan keadaan makhluk-makhlukNya)."-Surah Al-Furqan:ayat 20